A- A A+
logoumkmerdeka2017

Logo dan Falsafah

Logo UMK

 

Logo Universiti Malaysia Kelantan (UMK) simbolik kepada penekanan kepada huruf "U","M" dan "K". Rekabentuknya melambangkan unsur dan sifat universiti yang terbuka dan merentasi zaman. Manakala bentuk hour glass pula menggambarkan tiada had untuk tempoh masa dalam proses pembelajaran iaitu penggalakan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Ia juga melambangkan unsur kromosom yang aktif dan dinamik serta kejadian alam (a part of nature)

Proses ini disokong dengan lambang dua tangan yang memohon restu dan keredhaan serta sentiasa bersyukur. Gambaran imej kromosom melambangkan sifat aktif dan dinamik semasa berinteraksi dengan persekitaran universiti. Pemilihan warna "biru" adalah untuk Malaysia, "merah" untuk Kelantan dan "jingga" warna semulajadi buah pinang masak yang merujuk kepada warisan.

Logo ini didokong oleh falsafah UMK yang memberi penekanan kepada enam (6) aspek utama iaitu :-

  • Pendidikan keusahawanan
  • Bahasa ketiga
  • ICT sebagai pengupaya.
  • Pembelajaran sepanjang hayat.
  • Modal insan yang berkualiti.
  • Keunikan dan relevan.

HOT TOPIC