A- A A+
logoumkraya

Piagam Pelanggan

Berteraskan keusahawanan sebagai tunjang dengan berpegang kepada nilai kreatif dan inovatif, keterbukaan dan profesionalisme dalam pembangunan modal insan yang unik, relevan dan berbeza, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berazam, beriltizam dan bertekad serta berjanji untuk melaksanakan segala hak yang termaktub kepada semua pelanggannya secara profesional, beretika dan berintegriti :

Pelajar
Menyediakan pendidikan yang bermutu berdasarkan kepada piawaian global yang menjamin peluang kerjaya yang cemerlang dalam semua disiplin yang diceburi.

Staf
Mewujudkan suasana kerja yang kondusif bagi membolehkan staf mempamerkan semua keupayaan ke arah kecemerlangan dengan sistem insentif dan imbuhan yang menarik serta peluang untuk mengukuhkan laluan kerjaya yang berdaya saing.

Masyarakat dan Industri
Menjadikan UMK relevan kepada masyarakat dalam usaha untuk meningkatkan sosio-ekonomi, budaya dan pengukuhan jati diri dan Negara bangsa, di samping memastikan industri menjadi rakan pintar bagi meningkatkan penjanaan ekonomi dan pewujudan peluang pekerjaan para graduan.

Negara
Menyediakan tenaga kerja berpengetahuan dengan kemahiran yang tinggi, di samping memiliki atribut keusahawanan yang dapat menembusi semua aspek keperluan guna tenaga negara.

Maklum Balas/Pertanyaan/Cadangan
Mengesahkan penerimaan aduan, cadangan dan/atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan universiti dalam tempoh 24 jam. Mengambil tindakan terhadap aduan, cadangan dan/atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan universiti tidak melebihi lima (5) hari bekerja.

Pencapaian Piagam Pelanggan. Klik Disini

HOT TOPIC