A- A A+
logoumk10tahun

AVON COSMETICS BUKA BUTIK KECANTIKAN PERTAMA DI UMK

Oleh : Syarimie Wosley, Nor Alizam Shafie Aiman Syazwan     Foto : Al Azam Razi

PENGGEMAR jenama produk kecantikan wanita terkenal, AVON yang tinggal di Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan sekitar Negeri Kelantan kini tidak lagi perlu bersusah payah untuk mencari lokasi terdekat wakil jualan untuk mendapatkan produk tersebut.

Ini kerana, syarikat Avon Cosmetics (Malaysia) Sdn. Bhd., secara rasminya melancarkan butik kecantikan pertamanya yang terletak di dalam Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, yang dikendalikan sepenuhnya oleh mahasiswa dibawah seliaan Majlis Kumpulan Tindakan Keusahawanan (AGE Council) dan AVON Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pembukaan outlet Avon yang pertama di Universiti Awam (UA) itu merupakan program inkubator pelajar dimana manfaatnya adalah untuk memberi pendedahan perniagaan sebenar kepada para pelajar selaras dengan objektif UMK.

Beliau berkata, ini adalah hasil idea UMK bersama Avon Malaysia untuk pelajar mendapat pengalaman sebenar menjalankan perniagaan dan memahami skop keusahawanan.

“Pihak universiti telah menyediakan pelbagai program pengajian dan latihan dengan memberi penekanan kepada pembudayaan keusahawanan dan pembangunan insaniah.

“Di dalam pelaksanaan outlet ini pelbagai program telah dirancang bersama pihak AVON dan UMK yang akan dilaksanakan secara berperingkat diantaranya adalah strategi pemasaran, kecantikan, penampilan diri dan juga keyakinan diri,” katanya selepas majlis perasmian Outlet Avon UMK, pada 10 April 2017.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Pengarah Avon Cosmetics Malaysia, En. Azlan Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Hj. Ibrahim Che Omar.

Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah, berkata, pembukaan butik itu akan dipantau oleh Global Entrepreneurship Research and Innovation Centre (GERIC) bagi melancarkan operasi perniagaan yang merangkumi proses pengurusan jualan langsung, rantaian bekalan dan pengendalian stok.

Katanya, menerusi outlet ini pihak Avon dengan kerjasama universiti bukan sahaja melihat peluang ini untuk meraih keuntungan semata-mata tetapi sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertujuan memberi peluang kepada pelajar berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan.

“Pendedahan awal sebegini penting untuk menyuntik pengalaman sebenar menjalankan perniagaan dan memahami skop keusahawanan sebelum mereka menceburi bidang ini kelak,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Mortaza berkata, jalinan kerjasama ini dilihat bukan sahaja untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dalam bidang keusahawanan tetapi juga melatih pelajar untuk lebih berkeyakinan dalam penampilan yang bersesuaian.

Katanya, pelancaran outlet Avon-UMK akan memberi pendedahan dan peluang perniagaan yang sebenar kepada pelajar-pelajar UMK khususnya merangkumi strategi perniagaan dan pengendalian stok serta pemasaran.

Sementara itu, En. Azlan berkata, butik kecantikan yang pertama di UA ini memberi peluang strategik untuk mengembangkan pelaksanaan kempen ahli Avon Young Club menerusi program kempen di kampus-kampus UA dan IPTS di seluruh negara.

“Program ini adalah sebahagian daripada usaha untuk pihak syarikat kami melahirkan usahawan muda dengan memberi peluang strategik untuk kepada pelajar mengembangkan rangkaian perniagaan Avon Cosmetics Malaysia yang sudah bertapak selama 40 tahun di negara ini.

“Dengan kerjasama AGE Council, pihak kami akan terus membimbing dan membantu pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pengedar kami selain berpeluang memperoleh pendapatan sampingan dan mereka juga berpeluang belajar mengenai penampilan diri yang bersesuaian melalui pakar kecantikan Avon

Published in Latest News
Last modified on Khamis, 13 April 2017 17:21 Read 192 times

HOT TOPIC