A- A A+
logoumkmerdeka2017

AGIHAN MAKANAN PERCUMA KEPADA PELAJAR UMK MELALUI PROGRAM INFAQ

Oleh : Aiman Syazwan               Foto : Al Azam Raziprogram-infaq1

PUSAT Islam, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengagihkan sebanyak 300 bungkus  makanan  menerusi Program Infaq yang berkonsepkan sedekah melalui pengagihan makanan dan minuman secara percuma kepada pelajar.

Menurut Pengarah Pusat Islam UMK, Prof. Madya Dr. Mohd Zain Mubarak, pengagihan makanan percuma ini menggunakan sepenuhnya hasil sumbangan staf UMK menerusi potongan gaji bulanan bermula pada bulan Mac

“Program Infaq juga adalah satu inisiatif bagi membolehkan staf UMK turut bersama memenuhi tanggungjawab sosial dengan menyumbang dana kepada program ini. 

program-infaq2

Sempena dengan pelancaran pada hari ini sebanyak 300 bungkus nasi serta minuman diagihkan seawal jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengahari bertempat di Laman Siswa, UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 18 Mei 2017.

Turut hadir,  Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UMK, Ust. Wan Mohd Amir Yusoff.

Menurut Dr. Mohd Zain program seperti ini diharap dapat membantu pelajar terutamanya mereka yang kurang berkemampuan menerima makanan percuma hasil sumbangan daripada staf UMK sendiri.

Hasrat program ini juga adalah untuk menyuburkan amalan bersedekah dalam kalangan warga Universiti dan ini menjadi tanggungjawab Pusat Islam untuk membantu merealisasikannya. 

Tambah beliau, sempena kehadiran bulan Ramadan dana Infaq digunakan sepenuhnya untuk majlis berbuka puasa pelajar di ketiga-tiga kampus iaitu di Kampus Kota, Bachok dan Jeli.

“Mengenai kutipan bulanan Infaq ini sehingga Mei mencatatkan sebanyak RM1,400.00 sebulan hasil potongan gaji seramai 113 orang staf.

program-infaq3

“Pihak kami akan meneruskan usaha untuk mempertingkatkan lagi penglibatan staf dalam program ini agar manfaatnya dapat disalurkan dengan lebih kerap dan melibatkan pelajar yang lebih ramai,” katanya.   

Sehubungan itu, pihak Pusat Islam amat mengalukan penglibatan staf UMK untuk menyumbang dan merebut ganjaran pahala bersedekah dengan kadar minimum sebanyak RM3.00 sebulan melalui potongan gaji  seperti mana kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.1/2017 (Kali Ke-169).

Sumbangan boleh dibuat dengan mengisi borang Penyerataan Program Infaq melalui Potongan Gaji dan dihantar kepada Pusat Islam UMK.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila berhubung wakil Pusat Islam UMK iaitu Ustaz Mohd Binyamin Che Yaacob di talian 09-7717158 @ 014-8371158 (UMK Kampus Kota), Ustaz Nor Zakwan Che Musa di talian 013-2129283 (UMK Bachok) dan Ustaz Mohd Hafizhuddin Mat Naziz di talian 09-9477197 @ 013-3344198(UMK Kampus Jeli). 

Published in Latest News
Last modified on Khamis, 01 Jun 2017 09:28 Read 817 times

HOT TOPIC