A- A A+
logoumkraya

UMK TERIMA SUMBANGAN PENDIDIKAN RM50,000 DARIPADA BAKTI

programbakti

Sumber Gambar - New Straits Times (Link Disini)

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK)) menerima sumbangan pendidikan berjumlah RM50,000 daripada Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) menerusi program Dermasiswa Universiti BAKTI.

Isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor menyerahkan mockup cheque kepadaNaib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed pada majlis yang berlangsung di Bangunan BAKTI Siti Hasmah, Kuala Lumpur, pada 31 Mei 2017.

Turut hadir, Setiausaha Kehormat BAKTI, Datin Sri Dato' Sri Khamarzan Ahmad Meah,Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato’ Abdul Aziz Ab. Latif dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan

Pada majlis sama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut menerima sumbangan sebanyak RM50,000.


Sumbangan  Program Dermasiswa Universiti anjuran BAKTI itu diadakan setiap tahun bagi tujuan kebajikan untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar agar mereka fokus pada pembelajaran disamping bertujuan membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan untuk  mencapai taraf pembelajaran lebih baik dan memperoleh keputusan cemerlang.

Seramai 15 pelajar daripada UMK dan 10 pelajar USIM menerima RM300 setiap seorang.

Pada tahun lepas, BAKTI menyumbang RM50,000 untuk tujuan sama kepada pelajar yang memerlukan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Beberapa universiti lain juga menerima sumbangan daripada Bakti sejak 2006 antaranya Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Published in Latest News

HOT TOPIC