A- A A+
logoumkmerdeka2017

apc2014

PELANTIKAN ahli akademik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai profesor pelawat (visiting scholar) di universiti-universiti tersohor dalam dan luar negara  membuktikan bahawa gabungan daya usaha dan inovatif  staf yang diterapkan oleh universiti ini telah berjaya menunjukkan pencapaian yang luar biasa.

Pengerusi Lembaga Pengarah (LPU) UMK,  YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman berkata, gabungan itu telah menampakkan hasilnya dimana UMK telah berjaya memperoleh beberapa pengiktirafan daripada agensi luar dalam usaha meningkatkan kecemerlangan organisasi.

“UMK juga menjadi pakar rujuk kepada agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta serta  pentadbir utama di beberapa organisasi dan agensi kerajaan,” katanya.

UMK telah diberi mandat untuk menerajui pengajian keusahawanan di peringkat institusi pengajian tinggi negara. Pencapaian ini membuktikan universiti ini memiliki sumber manusia yang berdaya saing dan berprestasi tinggi,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 28 Ogos 2015.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan merangkap Ahli LPU, YB. Dato’ Haji Mohd Faudzi Hj. Che Mamat dan Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza bin Mohamed.

Pada majlis itu, Pejabat Pentadbiran UMK Kampus Jeli diumumkan secara rasmi penerima Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC).

Turut diraikan pada majlis itu ialah seramai 87 staf yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 53 staf menerima Anugerah Gemilang Universiti (AGU) serta empat penerima Anugerah Jasa Bakti.

Menurut Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah, dalam abad ini, organisasi memerlukan warga kerja yang kreatif, berinovasi dan mampu memberi pemikiran dan perkhidmatan di luar kelaziman.

Katanya, ini merupakan cabaran kepada pihak pengurusan untuk memupuk warga kerja yang sedemikian.

“Dengan berpaksikan Model Baharu Ekonomi, warga UMK harus keluar dari kelaziman dalam melaksanakan tugasan harian sebagai pentadbir, ahli akademik, penyelidik dan kumpulan pelaksana.

“Anjakan inovasi hendaklah berfokuskan yang relevan kepada pelajar, industri dan masyarakat. Ini kerana inovasi bukan sahaja dalam aspek penyelidikan dan pembangunan malah merangkumi kaedah pelaksanaan tugasan harian sebagai penjawat awam,” jelas beliau.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Mortaza berkata, UMK sentiasa komited dan bertanggungjawab untuk memacu agenda membangunkan modal insan yang cemerlang melalui prestasi kerja yang berkualiti.

Jelas beliau, setiap tahun UMK mempertingkatkan sistem bagi memperbaiki mutu kerja untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua staf.

“Pihak pengurusan universiti turut memberi perhatian yang serius dalam mengekalkan bakat-bakat yang cemerlang sejajar dengan Pelan Pembangunan Sektor Pengajian Tinggi iaitu Big Idea ke 3 yang memupuk dan mengekalkan bakat atau talent yang dimiliki oleh staf,” ujarnya.

apc20142

Published in Latest News

seed

PROGRAM Perusahaan Sosial Untuk Pembangunan Ekonomi atau Social Enterprise For Economic Development (SEED) mula memberi manfaat kepada masyarakat setempat apabila berjaya merubah kehidupan golongan peniaga runcit, petani, nelayan dan masyarakat orang asli dan kini diteruskan dengan membantu meningkatkan ekonomi mangsa banjir besar.

Penasihat Program SEED 2015, YBhg. Prof. Dr. Farok bin Zakaria, berkata, program SEED yang merupakan kali keenam dilaksanakan di Kelantan di mana beberapa siri sebelum ini  membabitkan lokasi di Tumpat, Gua Musang dan Bachok telah berjaya memberi peningkatan ekonomi kepada penduduk untuk menjalankan perniagaan.

Beliau berkata,  program SEED di bawah anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Asean Learning Network Council (ALNC) pada kali ini memberi tumpuan untuk membantu membangunkan ekonomi masyarakat penduduk di Tanah Merah iaitu di sekitar Kusial Baru termasuk mangsa bah kuning di kawasan DUN Gual Ipoh.

“Melalui program ini peserta yang terdiri daripada pelajar universiti awam tempatan dan luar negara yang diberi bimbingan khusus untuk membantu masyarakat memajukan industri yang diceburinya.

“Tumpuan kajian di Kampung Bukit Durian dimana para peserta perlu membantu para petani memanfaatkan hasil kebun durian menerusi projek ekonomi yang lebih berdaya saing di sekitar Gual Ipoh manakala di Kampung Kusial Baru memberi tumpuan kepada pembangunan sosial, pendidikan dan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program SEED Kali Keenam Bersama Komuniti Kampung Kusial Baru dan Kampung Bukit Durian yang disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Ipoh, YB. En. Bakri bin Mustapha di Kampung Bukit Durian, Tanah Merah, Kelantan, pada 16 Ogos 2015.

Program SEED 2015, membabitkan seramai  66 peserta yang terdiri dari penuntut UMK, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Malaysia Perlis.

Selain itu, seramai 34 penuntut dari universiti luar negara antaranya dari Universiti Khatolik Parayangan, Indonesia,  Universiti Dokkyo, Jepun, Universiti Thaksin dan Universiti Prince of Songhkla, Thailand serta Kolej San Beda, Filipina,  turut bergabung tenaga dan idea bersama menjayakan program yang bermula pada 13 Ogos hingga 25 Ogos 2015.

Menurut Prof. Dr. Farok, UMK selaku tuan rumah bagi penganjuran SEED berharap menerusi program ini dapat  menghasilkan inovasi baharu dalam bidang keusahawanan di dua buah kampung melalui kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh kumpulan ini untuk melakukan kajian sosial produk atau potensi produk yang mampu dikomersialkan.

Jelas beliau,hasil pelan perniagaan yang dilaksanakan akan didokumentasikan kepada penduduk setempat sebelum dibawa kepada pihak seterusnya seperti agensi pinjaman dan kewangan.

Tambah Prof. Dr. Farok, program SEED adalah kerjasama dengan Asean Learning Network (ALN) untuk galakan pembangunan sosio ekonomi di perkampungan nelayan, petani dan masyarakat pedalaman.

“Ia juga untuk mewujudkan pertukaran budaya melalui pembelajaran dan prospek kepimpinan dalam konteks kehidupan sebenar di Asia serta menjalinkan kerjasama dan sumbangan berterusan untuk pembangunan keusahawanan sosial,” jelas beliau.

Sementara itu, YB. En. Bakri, penuntut universiti tempatan dan luar negara ini  berkampung selama 13 hari di beberapa kampung sekitar Gual Ipoh dan Kusial Baru, Tanah Merah, untuk menjalankan kajian dan penyelidikan ekonomi masyarakat di sini  termasuk mangsa bah kuning.

Kata beliau, program ini banyak memberi manfaat untuk memantapkan sumber ekonomi penduduk setempat melalui kajian untuk mencipta pendapatan yang lebih baik kepada masyarakat kampung.

“Apa yang kita harapkan usaha yang dilakukan oleh UMK membawa perubahan besar dan kaedah terbaik bagi meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti yang dijalankan,” katanya.

Published in Latest News

Oleh: Aiman Syazwan   Foto : Al Azam Razi

MEMBINA kemahiran pengucapan awam (public speaking skills) penting bagi individu yang menjadi pemimpin sesebuah organisasi, masyarakat dan juga ahli politik.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman berkata, kemahiran pengucapan awam yang baik dapat membantu pelajar atau individu untuk menyampaikan idea-idea dengan jelas dan berkesan.

Katanya, berdasarkan pengalaman, kebanyakan tugasan promosi atau publisiti adalah secara langsung berkait dengan keupayaan pekerja untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Justeru itu, pertandingan Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Ala British Parliamentary” (IKBP) Peringkat Antarabangsa: Piala Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah 2015 adalah platform terbaik untuk membangunkan graduan yang berpengetahuan dan dilengkapi dengan kemahiran kepimpinan serta mampu berkomunikasi dengan orang ramai.

“Pengalaman bekerja dalam satu pasukan pada pertandingan ini memberi peluang kepada peserta menjadi pengucap yang baik,  mendapat kenalan baru dan pengalaman dalam kemahiran mengasah bakat,” katanya pada majlis perasmian IKBP 2015, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada Ogos 2015.

Pada program itu, Sekolah Kebangsaan Sri Petaling berjaya mengungguli tempat pertama yang membawa pulang Piala Pusingan Tan Sri Hamad Kama Piah Piala dan wang tunai RM1000 serta sijil penyertaan.

Pertandingan IKBP Peringkat Antarabangsa dianjurkan Kelab Debat dan Pidato (Divisi Bahasa Inggeris) UMK dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).

IKBP 2015 adalah salah satu inisiatif dan komitmen universiti dalam menghasilkan pelajar yang lengkap dengan kecekapan dan kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan dan persekitaran global pada masa kini.

Sementara itu, Presiden IKBP, Cik Nuraisya Hana binti Nadzri, berkata, program ini merupakan platform bagi mendedahkan pelajar mengenai isu-isu semasa disamping penguasaan bahasa Inggeris khususnya di daerah Pantai Timur Malaysia dan kelompok ASEAN.

IKBP 2015 diperkenalkan pada tahun 2013 dengan format British Parlimentary (BP) Style iaitu empat buah pasukan terdiri daripada dua orang pendebat dan akan berdebat secara serentak sebagai kerajaan pembuka, kerajaan penutup, pembangkang pembuka dan pembangkang penutup.

Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah penaja utama pertandingan, 11 universiti dari dalam dan luar Negara mengambil bahagian.

Published in Latest News

ecer-umk

PROGRAM Empower Ekonomi Wilayah Pantai Timur (Empower ECER) yang dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan diperluaskan ke daerah di Jeli dan Bachok dalam usaha menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi penduduk di negeri Kelantan.

Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza bin Mohamed, berkata, program Empower ECER-UMK yang dirangka khusus untuk graduan menganggur, golongan berpendapatan rendah dan ibu tunggal akan menyediakan latihan kemahiran dan maklumat pembangunan keusahawanan.

Beliau berkata, UMK antara universiti awam di negeri ini yang telah dipilih sebagai penyelia latihan program akademik dan latihan kemahiran keusahawanan  Empower ECER.

“Kita amat bertuah dan kita berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan ECER khususnya kerana telah memberi kepercayaan  kepada UMK untuk  mengerakkan aktiviti pembangunan pendidikan dan ekonomi penduduk di negeri ini.

“Menerusi MoU ini kita akan bekerja lebih keras dengan memberi tumpuan yang lebih berfokus kepada dua daerah Jeli dan Bachok selepas projek Agro Politan Rantau Manis di Gua Musang yang telah menunjukkan pencapaian kejayaan yang memberangsangkan ,” katanya

Beliau berkata demikian selepas majlis pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan empat universiti iaitu UMK, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Swansea University dari United Kingdom dan Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (UniSZA), di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya, pada 13 Ogos 2015.

Majlis itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Program Empower ECER yang dirangka khusus untuk graduan menganggur, golongan berpendapatan rendah dan ibu tunggal menerusi latihan kemahiran dan maklumat pembangunan keusahawanan, dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran dan peluang mendapat pekerjaan.

Program skim empower ECER telah dilaksanakan di 20 buah lokasi dan memberi manfaat kepada lebih 33,400 pelajar luar bandar melalui Program Latihan Akademik dan lebih 11,600 golongan dewasa di bawah Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan.

Sementara itu, Penolong Naib Canselor (Pembangunan Koporat & Pengurusan Kualiti), YBhg. Prof. Rosdi bin Abdul Rahman berkata,  menerusi MoU ECERDC dengan UMK, universiti telah dilantik sebagai penyelia latihan untuk Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan Empower ECER di negeri Kelantan.

Beliau berkata, program Empower ECER-UMK  yang dilaksanakan di Projek Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang, telah bermula sejak tahun 2013 sehingga 2015 telah berjaya menunjukkan pencapaian luar biasa terutamanya dalam bidang akademik.

“Sepanjang tempoh tiga tahun itu, program Empower ECER-UMK dibawah seliaan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Keusahawanan (INSPEK) telah membentuk satu jalinan kerjasama dan hubungan yang baik dengan pihak ECERDC.

“Kami amat berbangga dan berbesar hati kerana kerjasama bersejarah ini merupakan petanda baik bukan sahaja untuk industri dan komuniti akademik tetapi juga untuk penduduk di negeri ini,” jelas beliau.

Menerusi majlis pertukaran dokumen kerjasama ini  UMK sekali lagi dipilih untuk bersama ECERDC melaksanakan projek yang sama di daerah Bachok dan Jeli untuk tahun 2015 dan 2016.

Menurut Prof. Rosdi, kerjasama ini memberi suntikan semangat pasukan INSPEK dn UMK untuk  bekerja lebih keras untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik di kawasan pendalaman dan luar bandar.

“Program ini sememangnya banyak membantu pelajar ini terutamanya membuka minda mereka akan betapa pentingnya kecemerlangan akademik dan peluang untuk meningkatan pendapatan serta ekonomi mereka,” katanya. 

Published in Latest News

insurankelompok

Oleh : Syarimie Wosley & Aiman Syazwan   Foto : Al Azam Razi

STAF Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bakal mendapat faedah daripada skim Insuran Berkelompok hasil inisiatif yang diperkenalkan oleh Pejabat Pendaftar bagi membantu kebajikan serta penghargaan kepada seluruh staf tanpa mengambilkira latar belakang dan jumlah pendapatan staf.

Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza bin Mohamed, berkata, UMK adalah antara Universiti Awam pertama melaksanakan skim pembiayaan caruman insurans berkelompok kepada semua staf  yang berjawatan tetap, staf kontrak dan sementara.

Beliau berkata, pembiayaan ini juga untuk semua staff di semua peringkat jawatan dan gred.

“Berdasarkan kepada survey yang dibuat oleh pihak Pejabat Pendaftar telah mengenalpasti beberapa universiti awam lain yang mencarum insurans seperti ini tetapi skim pembiayaan tersebut hanya melindungi staf-staf yang berisiko tinggi seperti pemandu, pembantu makmal, juruteknik dan sebagainya.

“Namun, bagi untuk insuran berkelompok yang diperkenalkan oleh UMK ini setiap jumlah caruman akan diseragamkan tanpa mengambilkira latar belakang dan jumlah pendapatan staf,” katanya ketika Majlis Pelancaran Sistem e-Medical dan Skim Insurans Berkelompok bagi Staf UMK, di Dewan Terbuka Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 11 Ogos 2015.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Abdul Aziz bin Ab. Latif, Penolong Naib Canselor (

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mortaza, keistimewaan ini sudah pasti tidak diperolehi oleh mana-mana penjawat awam yang lain dan keistimewaan seperti ini akan diperluaskan lagi sekiranya UMK berjaya mendapatkan autonomi penuh pada tahun hadapan iaitu melalui penjanaan pendapatan.

“Baru-baru ini UMK, telah kehilangan seorang staff yang telah banyak berjasa sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham Zakaria Jusoh telah kembali kerahmatullah pada 18 Jun 2015 yang lalu.

“Pada majlis ini waris Allahyarham adalah penerima pertama manfaat hasil daripada caruman Skim Insurans Berkelompok yang diperkenalkan oleh UMK ini,” jelas beliau.

Sementara itu, En. Pauzi , pihak universiti telah meluluskan skim insurans berkelompok kepada semua staf berkuatkuasa selama satu tahun dengan jumlah caruman sebanyak RM38.42 setiap seorang yang dibiayai oleh pihak UMK berkuatkuasa pada 1 Januari hingga 31 Disember 2015.

Jelas beliau, skim ini bertujuan memberi perlindungan kepada staf Universiti di bawah satu sijil bagi menjamin kualiti staf serta membantu staf dari segi kewangan sekiranya berlaku sebarang musibah yang tidak diingini.

“Perlindungan ini merupakan satu penghargaan, kebajikan dan keperihatinan UMK kepada stafnya dan belum dilaksanakan oleh mana-mana universti awam yang lain.

“Polisi skim insuran yang dilindung merangkumi kematian (semua sebab) berjumlah RM 25,000.00, keilatan kekal separuh (semua sebab) sebanyak RM 15,000.00, keilatan kekal separuh (semua sebab) berjumlah RM 15,000.00 dan penyakit kritikal RM 7,000.00,” ujarnya.

Dalam pada itu, UMK turut memperkenalkan E-Medical iaitu merupakan satu sistem yang telah dibangunkan sebagai akses untuk staf mendapatkan rawatan perubatan di mana-mana klinik panel UMK yang berdaftar.

Menurut En. Pauzi, manfaat daripada kelebihan pelaksanaan sistem e-Medical ini adalah untuk memudahkan penyimpanan rekod maklumat staf yang mendapatkan rawatan.

“Staf yang ingin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik panel tidak perlu lagi menggunakan buku rawatan sebaliknya hanya perlu menunjukkan kad staf atau kad pengenalan/tanggungan sebagai pengenalan diri.

Published in Latest News

Oleh  :  Noor Alizam Shafie & Siti Nor Fatihah Bt Che Rostman      Foto : Al Azam Razi

SUMBER hutan adalah unsur penting dalam membentuk ciri-ciri alam semulajadi yang menyediakan pelbagai keperluan asas kepada hampir keseluruhan kehidupan haiwan dan manusia.

Bagaimanapun, pembangunan pesat pada masa kini telah mengancam kedudukan dan keadaan semulajadi kepentingan hutan ekoran pemusnahan hutan yang semakin berleluasa.

Jesteru itu, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama Geological Society of Malaysia (GSM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah menganjurkan Persidangan Kebangsaan Geosains (NGC) 2015 yang bertemakan “Geoscience Benefits and National Development” bertujuan mewujudkan kesedaran tentang pentingnya hutan, sumber asli dan sains bumi.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ) UMK, YBhg. Prof Abd Aziz bin Ab. Latif, pengetahuan mengenai geosains adalah penting bagi mendapatkan ilmu dan hasil penyelidikan yang boleh disumbangkan kepada semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata, pembangunan ilmu dan perancangan prastruktur untuk membentuk kesejahteraan masyarakat mestilah disalurkan kepada pihak kerajaan bagi melahirkan idea yang lebih professional.

“Melalui persidangan NGC 2015, UMK dapat sama-sama memainkan peranan menggembleng sumber-sumber asli secara professional dan mengurus secara saintifik agar dapat menjana ekonomi dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian oleh Menteri besar Kelantan , YAB. Dato’ Haji Ahmad bin Yaakob , di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan, pada 31 Julai 2015.

Turut hadir, Presiden GSM, YBhg. Dr. Mazlan Madon dan Pengarah JMG , YBHG. Dato’ Hj. Yunus bin Razak.

Menurut Dato’ Haji Yunus, tujuan utama persidangan itu adalah untuk mengembangkan pengetahuan dan kefahaman mengenai sumber asli bumi, perubahan alam sekitar dan sains kelestarian melalui penyelidikan.

“Persidangan ini memberi penekanan kepada kepakaran dalam beberapa bidang bagi melahirkan graduan yang berpengetahuan serta mementingkan kelestarian alam sekitar,” tambah beliau lagi.

Katanya, sumbangan dan peranan ahli geologi dan saintis akan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang kehidupannya bersifat lestari dan saling bekerjasama menjadikan bumi sebagai tempat tinggal yang sihat, selamat dan kondusif.

Published in Latest News

HOT TOPIC