A- A A+
logoumkmerdeka2017
Isnin, 01 Februari 2016 00:00

HUBUNGAN AKRAB UMK-UNIMAP SEJAK TAHUN 2007

Oleh : Syarimie wosley   Foto : Al Azam Razi

KUNJUNGAN rasmi rombongan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah terjalin sejak lapan tahun khususnya kerjasama strategik dan perkongsian ilmu .

Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza bin Mohamed, berkata, hubungan antara UMK dan UniMAP  amat istimewa kerana ia merupakan antara universiti pertama yang ‘sudi’ berkunjung ke UMK selepas beroperasi di kampus sementara di Institut Perguruan Kota Bharu.

Katanya, pada tahun 2007, Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Prof Emeritus Dr. Kamarudin Hussin melakukan kunjungan pertama ke UMK dan hubungan antara kedua-dua universiti berterusan sehingga kini.

“Universiti yang terletak di utara semenanjung ini adalah satu-satunya universiti terawal menjalin hubungan dengan kita dan universiti pertama yang memeterai perjanjian persefahaman (MoU).

“Hubungan antara UMK dan UniMAP telah terjalin sejak UMK ditubuhkan lapan tahun dahulu dan pelbagai program telah laksanakan bersama,” katanya semasa menerima kunjungan hormat rombongan UniMAP yang diketuai Prof. Datuk Emeritus Dr. Kamarudin ke UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 24 Januari 2016.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Abd. Aziz Ab. Latif dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar.

Menurut Prof. Dato’ Mortaza, hubungan erat itulah yang memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala bidang pendidikan, penyelidikan dan keusahawanan.

Sementara itu, Brig. Jen. Datuk Prof Emeritus Dr. Kamarudin, berkata, lawatan tersebut  bertujuan bertukar –tukar pendapat dan pengalaman dalam hal-hal berkaitan pengurusan pentadbiran terutama di Pejabat Naib Canselor yang menjadi pengantara hubungan UniMAP dengan universiti-universiti lain.

Katanya, jalinan hubungan yang terjalin antara UniMAP dan UMK diharapkan akan terus mekar dan mampu menyumbang kepada perkembangan pendidikan dan memberi manfaat dari segi peningkatan ilmu pengetahuan kedua-dua universiti,” katanya.

Beliau percaya kerjasama UniMAP dan UMK dapat meningkatkan kecekapan sumber manusia, mengoptimum input untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan tadbir urus universiti.

“UMK merupakan universiti yang mempunyai kepakaran dalam bidang keusahawananan sekaligus menarik minat UniMAP untuk mengadaptasi kepakaran ini,” ujarnya.

Beliau berharap perkongsian bijak (Smart Partnership) akan dapat diteruskan dengan fokus UniMAP dalam bidang pertanian manakala UMK  bidang keusahawanan.

“Kita ada produk dan UMK yang akan membuat pemasaran.

“Kerjasama strategik ini seteusnya diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh,” katanya lagi.

Published in Latest News

Oleh : Aiman Syazawan   Foto : Wan Mohd Faiz Bin Wan Ali

DALAM usaha memantapkan strategi untuk meningkatkan hubungan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan masyarakat, pelbagai usaha dan strategi telah dijalankan antaranya adalah dengan meningkatkan keupayaan laman web sebagai salah satu saluran penyebaran maklumat secara tepat dan pantas.

thalhah

Justeru itu, Unit WebMaster, Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Laman Web Pusat Tanggungjawab (PTj) pada 17 sehingga 19 Januari 2016 di Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu.

hajah

Menurut Penyelaras Program, En. Mohammad Thalhah Amir (Pegawai Teknologi Maklumat), bengkel ini diadakan dengan objektif untuk memantapkan laman web pusat tanggungjawab bagi meningkatkan kualiti penyebaran maklumat secara atas talian kepada dunia luar.

Bengkel ini telah dihadiri seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada wakil setiap Pusat Tanggungjawab Universiti Malaysia Kelantan dan dirasmikan oleh Puan. Hjh Thana Binti Abdullah, Pemangku Pengarah Pusat Hal Ehwal Korporat.

fasiMenurut beliau, bengkel ini dibuat secara santai dimana semua peserta akan berkongsi idea diantara satu sama lain. Bengkel ini diisikan dengan slot yang berkait rapat dengan pembangunan laman web iaitu Sesi Perkongsian ilmu Photoshop oleh Encik Wan Mohd Faiz (Pereka), Sesi Pengenalan Modul dan Komponen oleh Puan Azah (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) dan Sesi Pengenalan Webometric dan Google Analytic oleh Encik Amirul Firdaus (Pustakawan Kanan).

Selain itu, dalam usaha memantapkan lagi laman web pusat tanggungjawab, satu pertandingan laman web di antara jabatan akan diadakan untuk menonjolkan kemahiran yang telah dipelajari semasa bengkel diadakan.

 bengkel2bengkel1

Published in Latest News
Khamis, 28 Januari 2016 00:00

KURSUS SUKSIS BERSAMA PDRM

polis

Kursus Kepolisan Komuniti Kampus dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontigen Negeri Kelantan dan pasukan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS)  Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bertujuan membantu mencegah dan menangani jenayah di universiti dan kawasan sekitar.

dato-mazlan

Ketua Polis Kelantan, YDH DCP Dato’ Mazlan Lazim berkata,  kursus tersebut juga dapat mengeratkan hubungan antara PDRM dan Kor-Suksis UMK.

 “Kerjasama ini merupakan inisiatif polis untuk mendekati golongan pelajar dalam membendung gejala jenayah di kampus dan komuniti,” katanya pada Majlis Penutup Kursus Modul Etika/Pengurusan Integriti, Kursus Asas Pertolongan Cemas, Kursus Asas SMD dan Pengendalian T-Baton.

Seramai 195 anggota Kor-Suksis UMK terlibat dalam kursus itu yang bertempat di Setiu, Terengganu, pada 21 Januari 2016.

Turut hadir, Naib Canselor UMK selaku Komandan  ACP/KS Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed,  Pengarah Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) dan  DSP/KS Prof. Mohamad Dahlan Ibrahim.polis3

Menurut Dato’ Mazlan kursus berkenaan juga dapat memupuk ciri-ciri kepimpinan dalam kalangan pelajar seperti disiplin dan kesedaran menjaga keamanan.

 “ Kursus  ini juga merupakan strategi jangka masa panjang PDRM mencari bakal pegawai polis yang berkualiti dan berintegriti ,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dr. Mohamad Dahlan, berharap program tersebut dapat mepertingkatkan sahsiah diri anggota Kor Suksi UMK dan seterusnya menjadi mata dan telinga (menyalurkan maklumat) kepada pihak PDRM .

“Kursus kepolisan ini diharap dapat mengeratkan kerjasama antara Kor-Suksis UMK , PDRM dan  masyarakat setempat dalam menjaga kehamonian dan kesejahteraan hidup,” katanya.

polis2

Published in Latest News

amanatUNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menawarkan program belajar sambil bekerja '2 Universiti + 2 Industri (2u2i)' pada sesi pengajian yang bermula pada tahun ini.

Menteri Pendidikan Tinggi. YB Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, 2u2i merupakan program Work Based Learning (belajar sambil bekerja) yang membolehkan  penuntut untuk belajar selama dua tahun dan menimba pengalaman dalam industri selama dua tahun.

Katanya, objektif program ini merupakan usaha bagi meningkatkan kebolehpasaran, persediaan dan kemahiran pelajar universiti untuk alam pekerjaan nanti.

“Pengalaman industri adalah amat penting. Oleh itu, UMK menyasarkan penuntutnya menimba pengalaman bersama industri kecil dan sederhana (IKS) manakala pada tahun ketiga dan keempat pula penuntut akan fokus kepada menjalankan perniagaan sendiri.

“UPM pula akan menempatkan penuntut dalam ekosistem perladangan pada dua tahun terakhir pengajian mereka,” katanya pada majlis Amanat Tahun Baharu 2016 Kementerian Pendidikan Tinggi, bertemakan Pendidikan Fleksibel di Putrajaya, pada 18 Januari 2016.

Sementara itu, 800 staf UMK mengikuti majlis amanat itu menerusi Tayangan Live Streaming Amanat Tahun Baharu 2016 KPT oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia yang bersiaran langsung secara serentak di UMK Bachok, Kampus Kota dan Jeli.

Menurut Dato’ Seri Idris, pendekatan pendidikan fleksibel perlu diterokai dan dilaksanakan secara terancang, menyeluruh dan strategik bermula pada tahun 2016.

Beliau berkata, Malaysia akan menjadi negara pertama yang melaksanakan pengiktirafan dan pemindahan kredit bagi Kursus Dalam Talian Terbuka Secara Besar-besaran (MOOCs) ke arah pendidikan fleksibel.

“Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) diberi mandat membangunkan platform MOOCs untuk membolehkan semua kursus MOOCs dari Malaysia dan luar negara didaftarkan dibawah platform itu dan diberikan kredit.

"Pelajar boleh mengikuti pengajian secara fleksibel di beberapa universiti dalam dan luar negara yang didaftarkan dibawah MOOCs dalam talian dan kredit boleh dipindahkan untuk tujuan penganugerahan sijil, diploma dan ijazah," katanya.

Tambah beliau, inisiatif pengkreditan MOOCs akan menjadikan pendidikan Malaysia lebih fleksibel dan terbuka serta mampu menarik lebih ramai pelajar Malaysia dan pelajar dari seluruh dunia.

"Polisi ini akan menjadi polisi utama negara dan bakal menjadi yang pertama di dunia seumpamanya," katanya.

Beliau berkata platform MOOCs dijangka dibuka untuk pendaftaran kursus pada April ini dan sebarang pendaftaran kursus adalah bergantung kepada kesediaan pensyarah.

“Pengiktirafan dan pemindahan kredit MOOCs merupakan usaha Malaysia melaksanakan pendidikan fleksibel yang lebih terancang, menyeluruh dan strategik mulai tahun ini,” katanya.

Dato’ Seri Idris, berharap di bawah pendidikan fleksibel, MQA memperluaskan pelaksanaan program Akreditasi Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Sebelum (APEL) bagi tujuan penganugerahan kredit yang dikenali sebagai APEL (C) untuk membolehkan pelajar mendapat pemindahan kredit daripada pengalaman kerja.

Katanya, APEL (C) membolehkan graduan memiliki tempoh pengajian sendiri yang lebih fleksibel.

“Pendekatan kepada pendidikan fleksibel dapat ditingkatkan melalui inovasi yang di kenali sebagai gamifikasi ataupun gamification.

“Gamifikasi merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah permainan (seperti video game) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dimana gamifikasi menjadikan proses P&P menjadi lebih menarik, interaktif dan engaging,” ujarnya.

Menurut kajian daripada University of Mississippi, pelajar yang belajar matapelajaran sejarah melalui gamifikasi menunjukkan minat yang lebih tinggi dan penglibatan lebih aktif dalam matapelajaran tersebut.

Pada masa yang sama, pasaran dan permintaan untuk menghasilkan perisian gamification dijangkakan mencecah USD 2.8 bilion pada tahun 2016, dan USD 5.5 bilion menjelang tahun 2018. Perkembangan ini haruslah diberi perhatian oleh semua pihak kerana boleh menjadi sumber dana yang lumayan.

 

Published in Latest News

TERNYATA cubaan Mohamad Zainuri Mohd Zin atau Poyie Gasi mempertaruhkan klip video lagu “Uniknya Kelate” pada laman Facebook bukan perkara sia-sia malah menjadi batu loncatan untuk menggapai impian bergelar penyanyi lagu dikir barat.

1Gelombang Uniknya Kelate sungguh hebat apabila klip video yang dihasilkan itu mencipta kejutan dan mencuri perhatian dalam kalangan pelayar internet dengan capaian 40,000 view untuk tempoh dua bulan.

Tanpa menunjukkan wajah penyanyi sebagaimana biasa, klip video yang disiarkan pada tahun lepas itu memberi impak besar kepada peminat lagu dikir barat khususnya di negeri Cik Siti Wang Kembang.

Mohamad Zainuri merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan, Fakulti Teknologi dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), menyimpan cita-cita untuk membawa lagu dikir barat ke peringkat lebih tinggi.

“Pada awalnya saya hanya berkongsi lagu sebagai memenuhi minat mendalam dalam dikir barat. “Orang tertanya-tanya siapa penyanyinya kerana dalam klip ini tidak ada wajah saya, akhirnya saya memilih untuk mendedahkan identiti sebenar dengan menghasilkan klip video rasmi Uniknya Kelate,” katanya.

Mohamad Zainuri atau Poyie Gasi berkata, Uniknya Kelate merupakan single pertama yang dihasilkan dengan gandingan bersama Mohamad Aswady Adenan atau Wady Farmasi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi, Universiti Malaya menerusi jenama Dikir Siswa.

Menurut Poyie, klip video yang berdurasi 5.56 minit itu memaparkan suasana Kota Bharu sebagai lokasi pelancongan yang bertepatan dengan Tahun Melawat Kelantan 2016.

Katanya pembabitan awal dalam dikir barat bermula semasa di UMK dan seterusnya secara lebih serius apabila menyertai Kumpulan Sri Kayangan Sukma, universiti.2

“Kumpulan kami pernah memenangi tempat ketiga Pertandingan Akhir Dikir Barat Mega, anjuran Badan-Badan Berkanun Malaysia pada tahun 2014 dengan membawa pulang wang tunai RM1,000, piala dan sijil serta hadiah khas Busana Terbaik,” katanya.

Poyie juga teruja kerana diberi kesempatan membuat persembahan dikir barat pada Istiadat Konvokesyen UMK .

“Lebih membanggakan lagu Uniknya Kelate kini dicalonkan dalam radio carta Hits Pantai Timur ,” katanya.

 

Published in Latest News

Oleh : Syarimie Wosley & Aiman Syazwan   Foto : Al Azam Razi

“TIADA kes pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mengadu terpaksa “berlapar” kerana masalah kewangan’.

“Bagaimanapun arahan telah dikeluarkan untuk mengenal pasti mana-mana pelajar kita yang benar-benar menghadapi masalah kewangan dan melaporkan segera ke pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) untuk dibantu ,” tegas Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Abdul Aziz Ab. Latif, ketika diminta mengulas laporan media massa berkenaan isu tersebut.

Katanya, UMK sentiasa memberi komitmen untuk memastikan tidak ada pelajar yang gagal menamatkan pengajian ekoran masalah tersebut.

Menurut Prof. Abdul Aziz, pihak universiti telah menyediakan pelbagai platform seperti  Skim Pinjaman Jangka Pendek Tabung Kebajikan Pelajar dan Program Bekerja Sambilan yang ditubuhkan sejak tahun 2007 untuk membantu pelajar yang mengalami masalah kewangan.

“Sebanyak RM500 dan RM1000 telah diperuntukkan kepada mahasiswa yang memerlukan wang ekoran kos sara hidup yang tinggi.

“Peruntukan wang ini adalah untuk mereka yang benar-benar memerlukan dan digunakan untuk membeli barangan keperluan dan digunakan secara berhemah,” katanya pada Majlis Penyerahan Zakat oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd, di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada  11 Januari 2015.

Majlis penyerahan sumbangan zakat perniagaan berjumlah RM10,000 disempurnakan  Penolong Naib Presiden Takaful Ikhlas Sdn Bhd, En. Nor Azmi Ishak kepada Prof. Abd. Aziz.

Hadir sama, Penolong Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Wilayah Kelantan, Wan Noorzayumie Wan Hassan dan En. Haris Hashim

Dalam pada itu, Prof. Abdul Aziz, juga memaklumkan bahawa UMK turut menyediakan pelbagai inisiatif lain untuk menjaga kebajikan pelajar termasuk Skim Pelajar Bekerja di Kampus dan bantuan wang zakat untuk golongan asnaf daripada tabung amanah pelajar serta menyediakan peluang berniaga di dalam kampus.

Beliau berkata, universiti turut memperuntukkan sejumlah RM90,000 dibawah Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) didalam bentuk biasiswa secara one-off  sejak tahun lepas.

“Bantuan ini berjumlah RM3000 seorang membabitkan 30 pelajar yang layak untuk menerima bantuan biasiswa  dan memiliki pencapaian akademik yang cemerlang,” katanya.

Prof. Abd. Aziz menggesa pelajar UMK berani tampil ke hadapan untuk membuat laporan dalam menanggani isu pelajar ‘lapar’ ekoran kesempitan wang.

“Masalahnya sekarang terdapat segelingtir pelajar malu dan segan untuk tampil memberitahu pihak pengurusan universiti tentang masalah tidak cukup wang dan kelaparan.

“Ini antara sebab utama berlakunya kes-kes pelajar yang kelaparan seperti yang berlaku  di beberapa buah Universiti Awam (UA) seperti yang dilaporkan oleh media massa baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, En Haris berkata penyerahan wang zakat tersebut adalah sebahagian program komuniti Takaful Ikhlas Berhad.

 “Ini adalah bantuan zakat pertama kepada pihak UMK dan program seterusnya adalah penyerahan cek bayaran tuntutan banjir yang akan diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Published in Latest News
Halaman 1 dari 2

HOT TOPIC