A- A A+
logoumkmerdeka2017

mfb

MINGGU Fiesta Batik Malaysia (MFBM) 2017 hasil inisiatif Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dalam memartabatkan dan mengembalikan kegemilangan batik untuk terus kukuh serta diangkat sebagai warisan budaya penting di negara ini, telah berlangsung dengan meriah bermula 29 Oktober hingga 2 November 2017 di UMK Kampus Kota dan UMK Kampus Bachok.

Bertemakan Generasi Muda Pewaris Kegemilangan Batik, program MFBM 2017 adalah program tahunan anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 29 Oktober 2017.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, Ahli LPU, Dato’ Azmi Mohd Ali, En. Zulkifli Mohd Zan dan Ketua Pegawai Operasi Bank Islam, En. Mohamed Iran Moriff Mohd Sharif.

Hadir sama, Dekan FTKW selaku Pengerusi MFBM 2017, Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan.

MFBM telah mula diperkenalkan pada 2016 dengan matlamat utama memperkasakan serta mengukuhkan kembali warisan seni budaya Malaysia khususnya warisan seni budaya masyarakat yang bertepatan dengan fitrah Kelantan itu sendiri sebagai pengeluar terbesar batik di Malaysia dan digelar Home Of Batik.

Selain itu, MFBM juga adalah platform kepada pengusaha dan penggiat batik untuk meluaskan pasaran untuk tujuan membudayakan batik selain menjana sumber pendapatan ekonomi melalui peningkatan nilai tambah dalam produk, proses, strategi pemasaran dan kos.

Pada edisi lepas, Minggu Fiesta Batik Malaysia 2016 berjaya meraih kutipan jualan lebih RM400,000 hasil jualan batik oleh 50 peniaga termasuk 30 pengusaha selama seminggu diadakan..

Terdapat salah seorang peserta berjaya meraih jualan RM17,000 sehari.

Pada edisi MFBM2017 kali ini, pelbagai aktiviti menarik telah diatur sepanjang program ini berlangsung antaranya aktiviti pameran dan demontrasi mencanting batik, seminar dan wacana berkaitan batik, jualan produk batik, bengkel konservasi tekstil, bengkel pewarna alam, pertandingan rekaan batik, pertandingan wau cantik, pertandingan rekaan baju batik kucing dan pelbagai lagi aktiviti.  

MFBM 2017 turut dimeriahkan dengan aktiviti yang bersifat akademik, ilmiah, inovasi, keusahawanan dan komersil dengan bertemakan batik.

Published in Latest News

kasutbatik

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi

HASIL kreativiti dan inovasi, 300 pelajar tahun satu Ijazah Sajana Muda Teknologi Kreatif, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) memulakan bisnes kasut dengan corak lukisan tangan rekaan bermotifkan batik untuk jualan gerai sempena Minggu Fiesta Batik Malaysia (MFBM) 2017  yang berlangsung pada 29 Oktober hingga 2 November 2017.

Melihat kepada hasil kejayaan pelajar itu membuktikan MFBM 2017 telah berjaya menjana kreativiti pelajar sebagai pewaris generasi muda untuk menghasilkan rekaan batik menerusi eksperimentasi visual dan menterjemahkan idea di atas kasut kanvas mengikut citarasa anak-anak muda serta trend terkini.

Menurut Siti Nur Amalia Amran atau Amma, penghasilan kasut tersebut adalah hasil kreativiti sendiri oleh kumpulan pelajar tahun satu untuk projek pertama bagi subjek lukisan oleh pensyarah yang bertemakan batik.

Katanya, kumpulan pelajar ini  melukis corak dan mewarna kasut dengan catan tangan menggunakan cat akrilik, pewarna fabrik, berus dan marker untuk menghasilkan  corak dan lukisan yang bersifat flora dan fauna, abstrak, laut dan alam semulajadi.

“Masing-masing bereksprimentasi dengan idea tersendiri tetapi masih mengekalkan motif batik yang berwarna-warni dan bercorak ringkas.

“Sebenarnya, itulah hasil tangan pertama kami dan tidak menduga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

"Ramai pelanggan bertanya bagaimana kami boleh dapat idea untuk buat kasut-kasut bercorak sebegitu malah ada yang memuji dan marah kenapa jual kasut tersebut dengan harga murah,” katanya.

Tambah Nur Amalia, menyedari bahawa kasut-kasut yang dihasilkan itu mendapat permintaan dan sambutan ramai maka kumpulan kami telah bersetuju untuk mengkomersilkan jualan kasut ini melalui jualan di atas talian atau online.

Beliau berkata, untuk projek pertama ini kumpulannya telah berjaya menghasilkan 200 pasang kasut bercorak batik dengan harga antara RM25 sehingga RM60 sepasang.

“Untuk siapkan tempahan sepasang kasut tidak mengambil masa yang lama iaitu antara tempoh 30 minit hingga 1 jam sahaja cuma ambil masa hanyalah memikirkan rekaan atau motif yang bersesuaian dengan citarasa,” katanya.

Nur Amalia berharap supaya kasut rekaan berkosepkan batik ini dapat dikomersialkan  ke pasaran antarabangsa dan sekaligus memartabatkan lagi batik Malaysia di persada dunia.

Published in Latest News

mfb generasi muda

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat

Foto : Al Azam Razi

USAHA penyelidikan di dalam bidang batik dan inovasi perlu dipergiatkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menghasilkan bahan penyelidikan yang berkualiti seterusnya membantu memartabatkan warisan batik di persada dunia.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata, kajian dan dokumentasi berkaitan penulisan batik serta inovasi yang relevan juga perlu dipergiatkan supaya informasi serta penemuan-penemuan baharu ini diperluaskan ke seluruh dunia untuk memperkenalkan Batik Malaysia.

Beliau berkata, dalam aspek akademia tenaga pengajar perlu menggalakkan pelajar untuk menghasilkan pelbagai produk dengan rekaan-rekaan baharu yang berindentitikan batik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

“Selain itu, dalam memastikan industri batik ini kekal relevan beberapa strategi-strategi baharu perlu diberi perhatian antaranya dari aspek business model yang digunapakai terhadap sales, branding dan juga profitability.

“Segmen luxury goods market juga perlu diadaptasikan oleh pihak industri kerana pasaran mencatatkan nilai jualan berbillion dollar pada tahap global,” katanya pada majlis perasmian Minggu Fiesta Batik Malaysia (MFBM) 2017, di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 29 Oktober 2017.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, Ahli LPU, Dato’ Azmi Mohd Ali, En. Zulkifli Mohd Zan dan Ketua Pegawai Operasi Bank Islam, En. Mohamed Iran Moriff Mohd Sharif.

Hadir sama, Dekan FTKW selaku Pengerusi MFBM 2017, Prof. Madya Ahamad Tarmizi Azizan.

Menurut Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah, penghasilan hasil kerja tangan atau craftsmanship juga perlu direvolusikan agar bertambah baik sebagai contohnya dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam penghasilan produk batik.

Katanya, inovasi dalam pembuatan batik juga perlu dipergiatkan dengan meneroka kaedah moden pembuatan batik tradisional.

“Tidak mustahil suatu hari nanti, UMK mampu berhubung dengan nama-nama besar universiti dan New York Parson’s School of Design untuk penghasilan fabrik bermutu tinggi melalui perkembangan teknologi terkini.

“Penglibatan golongan muda juga perlu dipergiatkan lagi supaya industri batik ini terus mendapat nafas baharu dan kekal relevan dengan penghasilan produk-produk batik yang lebih ionvatif dan mengikuti nadi pasaran terkini di mana golongan ini amatlah digital savvy dan memahami mindset target market,” katanya.

Dalam pada itu, Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah memberi contoh kaedah pemasaran oleh Neelofa melalui NH Prima International Sdn Bhd pada tahun lepas telah berjaya mencatatkan jualan atau sale lebih kurang RM50 juta dengan mencatatkan 10 peratus daripada keuntungan jualan adalah dari pasaran luar negara.

Justeru, mahasiswa disarankan menceburi industri kreatif ini bagi mengetengahkan keusahawanan komersial bertemakan batik dalam usaha meningkatkan produktiviti baharu.

“Melalui kreativiti dan hasil idea baru dalam industrial batik juga dapar menjana kreativiti pelajar sebagai pewaris generasi muda untuk menghasilkan rekaan terbaru.

"Kita juga harap usaha pihak UMK yang turut mengambil langkah progresif menganjurkan minggu Feista Batik Malaysia 2017 ini dapat mengembangkan bakat mahasiwa untuk diketengahkan ke peringkat luar, " katanya.

Published in Latest News

apresiasi

Oleh : Tuty Jusoh                                                                  Foto  : Ab Halim Hafiz Ab Aziz

PELBAGAI usaha telah dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menarik minat graduan pascasiswazah dan pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian di universiti ini khususnya di kampus Pengkalan Chepa dan Bachok.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Prof. Abdul Jamal Abd Hamid berkata, usaha menarik pelajar ini adalah bukan perkara baru kerana PPS sudah lama melaksanakan pelbagai agenda dan program yang berfokuskan kepada pemasaran bidang-bidang akademik yang terdapat di universiti ini.

Beliau berkata, antara pendekatan yang giat dilakukan ialah melakukan promosi dan pemasaran secara lebih agresif serta berkesan untuk masa hadapan.

“Pihak universiti juga sedang giat melaksanakan siri jelajah ke kedutaan-kedutaan negara asing sebagai contohnya yang terkini ialah Nigeria dengan mendapatkan pembiayaan biasiswa oleh agensi kerajaan berkenaan.

“Pendekatan ini telah dilaksanakan dan usaha telah berjaya meletakkan nama  UMK sebagai universiti pilihan negara Nigeria,” katanya pada Majlis Apresiasi Pascasiswazah UMK 2017, di Luxury Garden Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan, pada 9 Oktober 2017.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman.

Menurut Prof. Abdul Jamal, pihak PPS turut menjalinkan hubungan akademik dengan universiti terkenal luar negara menerusi penyertaan pertandingan serta ekspo reka cipta antarabangsa dan melakukan pertukaran pensyarah serta pelajar.

Katanya, selain itu banyak aktiviti telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017 samada dari segi akademik ataupun Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) yang disertai hampir setiap tahun diperingkat kebangsaan pada tahun ini.

Tambah Prof. Dr. Jamal, pada Istiadat Konvokesyen Kali Ketujuh UMK tahun seramai 31 graduan pasca siswazah menerima ijazah masing-masing.

Katanya, daripada jumlah itu, adalah 10 graduan ijazah kedoktoran dan 21 graduan ijazah sarjana. 

Published in Latest News

awanirangers

SALURAN Hal Ehwal dan Berita Terkini 24 Jam, Astro Awani menawarkan satu pengalaman istimewa kepada pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai pelatih untuk menjadi wartawan bebas yang akan menyalurkan berita untuk diterbitkan dalam agensi berita ini yang ditayangkan menerusi saluran Astro 501 dan portal astroawani.com.

Program latihan ini dinamakan Astro Awani Rangers iaitu platform untuk mencari dan melatih pelajar-pelajar yang berminat menjadi pemberita untuk mengupas dan melaporkan isu-isu semasa berkaitan kandungan tempatan seperti isu kelestarian, isu alam sekitar dan lain-lain.

awanirangers2Oleh itu, satu bengkel untuk taklimat khas Pencarian Awani Rangers telah diadakan dengan menampilkan penyampai berita Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Hilal Azmi di Galeri Pembangunan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, pada 15 Oktober 2017.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Jaringan Industri dan Kolaborasi (IILCO), Prof. Dr. Prof. Dr. Balakrishnan A/L Parasuraman.

Menerusi taklimat itu, seramai 30 pelajar didedahkan dengan aktiviti dan kemahiran mencari berita dan  meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar seperti kemahiran berkomunikasi.

Pelajar diberi kebebasan untuk mengupas sebarang isu yang berlaku di sekeliling tempat tinggal pelajar berkenaan meliputi berita dari kampus, berita komuniti, taman kediaman atau apa-apa sumber berita yang relevan.

Setiap berita ini akan dipilih dan disaring semula sebelum diterbitkan. Dengan kata lain, tidak semua berita yang dihantar itu akan diterbitkan.

Pelajar tidak diberikan imbuhan tetapi mereka akan diberikan latihan dan bimbingan dalam kewartawanan dan pemberitaan oleh editor dan wartawan Astro Awani yang akan menjadi nilai tambah dan soft skills kepada diri mereka pada masa akan datang.

Published in Latest News

Oleh : Pusat Hal Ehwal Korporat                Foto : Unit Media dan Promosi

KOTA BHARU 11 Oktober – GRADUAN Universiti Malaysia Kelantan (UMK) perlu bersedia secara lebih mandiri dalam meneroka pasaran dan menerajui dunia pekerjaan menerusi pelbagai aspek untuk mendepani cabaran merebut peluang dalam bidang pekerjaan di masa hadapan.

Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed berkata, bukan hanya sekadar ijazah di atas kertas atau kualiti akademik sahaja namun aspek kemahiran insaniah yang menjadi ukuran utama seperti keupayaan berkomunikasi, karektor yang ekstrinsif, atitud dan juga personaliti yang baik.

Katanya, kehidupan manusia akan berubah yang akan menyebabkan bidang pekerjaan lazimnya akan hilang dan pekerjaan baharu akan muncul dan kita perlu bersedia untuk merebut peluang tersebut.

“Tenaga buruh akan di ganti dengan robot dan automasi manakala pentadbiran, pengurusan dan perundangan akan di ambil alih oleh Artificial Intelligence (AI) serta industri, bisnes dan enterpris akan dipandu oleh Big Data.

“Oleh itu adalah amat penting bagi UMK mempersiap siagakan graduan untuk melangkah ke zaman baharu ini,” katanya pada majlis Istiadat Konvokesyen Ketujuh di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 11 Oktober 2017.

Majlis diteruskan dengan sidang ke kelima Istiadat Konvokesyen bagi penyampaian Ijazah Sarjana Muda kepada 783 graduan yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mortaza.

Daripada jumlah tersebut, seramai 265 graduan terdiri daripada penerima Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) dan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) daripada Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan.

Sidang ke Keenam Istiadat Konvokesyen bermula pada jam 11 pagi adalah bagi penyampaian ijazah kepada 260 graduan Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).

Manakala sidang ketujuh Istiadat Konvokesyen bermula jam 3 petang bagi majlis penyampaian ijazah kepada 229 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mortaza, realiti hari ini menyaksikan kita terus berdepan pelbagai cabaran yang semakin kompleks.

“Revolusi Industri Keempat atau Fourth Industrial Revolution (IR 4.0) memperlihatkan perkembangan dan pengaruh teknologi begitu pesat dalam mencorak kehidupan pada masa kini dan akan datang.

“Kehidupan dalam era Revolusi Industri 4.0 akan berubah yang menyaksikan ledakan pekerjaan baharu akan muncul dan kita perlu bersedia untuk merebut peluang dalam bidang pekerjaan,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Mortaza berkata bidang pekerjaan berkaitan dengan industri kreatif juga mencatatkan permintaan yang tinggi, sebagai contoh Graphic and Multimedia Designers menduduki tempat ke 24 daripada 48 pekerjaan yang diperlukan dalam pasaran seperti yang disenaraikan menerusi Critical Occupations List (COL) 2016/2017.

Katanya, bagi menjayakan hasrat ini, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan telah menubuhkan Creative Accelerator Centre (CAC) sebagai inkubator bagi melahirkan lebih ramai usahawan kreatif dalam kalangan graduan UMK.

Published in Latest News
Halaman 1 dari 2

HOT TOPIC