A- A A+
logoumkraya

Program Persediaan Keusahawanan Sains UMK

 

Program Persediaan Keusahawanan Sains (PPKS) merupakan satu program persediaan atau asasi yang dilaksanakan oleh UMK dengan kerjasama MARA dan Kolej MARA Kulim, Kedah.


Matlamat program adalah untuk melahirkan graduan bidang sains yang dilengkapai dengan ilmu asas keusahawanan. Memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi khususnya UMK.


Elemen pendidikan keusahawanan bukan hanya memfokuskan kepada membangunkan perniagaan, malah lebih daripada itu, individu yang mempunyai attribute dan nilai keusahawanan dalam diri secara langsung mempunyai ciri-ciri daya tahan yang tinggi, semangat persaingan yang jitu, dinamik, kreatif dan inovatif. Ciri-ciri ini semestinya perlu ada dalam diri setiap pelajar dan graduan tidak kira bidang kerjaya apa yang dipilih demi memastikan kejayaan diri masing-masing.


Melalui kursus Bahasa Asing, pelajar juga diharapkan dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa sebagai nilai tambah kepada diri dalam menghadapi pasaran kerja yang kompetitif dan persaingan dalam bidang keusahawanan.


Dengan pelbagai inisiatif kerajaan yang disediakan, tiada alasan lagi untuk kaum bumiputera menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan keusahwanan sebagai kerjaya pilihan.


Hasil pembelajaran yang diikuti selama setahun di Kolej MARA Kulim ini, serta bimbingan yang diberikan oleh para guru yang sangat berdedikasi, graduan PPKS akan menjadi penanda aras kepada piawaian kualiti bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pengajian khususnya ke bidang sains peringkat sarjana Muda di Universiti Malaysia Kelantan.


Layari www.umk.edu.my untuk muat turun borang permohonan melalui menu Prasiswazah

 

Syarat Kemasukan :

Terbuka kepada Bumiputera warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 20 tahun semasa tahun permohonan

Mendapat Kepujian (Gred C) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran;

     - Bahasa Malaysia
     - Matematik
     - Bahasa Inggeris

Dan

Mana-mana tiga (3) daripada mata pelajaran berikut;

     - Matematik Tambahan
     - Geografi
     - Sains Tulen
     - Fizik
     - Sains Pertanian
     - Kimia
     - Biologi

MUAT TURUN SEGERA BORANG PERMOHONAN - MUAT TURUN
Hubungi : +609-7797010 / 7014 / 7027 atau +609-9477019 / 7037 atau
e-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pertanyaan lanjut.

 

HOT TOPIC