A- A A+
logoumkmerdeka2017

Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

Search FAQs
View all frequently asked questions

This is general categories.
Ini adalah kategori umum

Universiti Malaysia Kelantan or UMK is the 19th institute established under the Institute of Higher Learning in Malaysia. The plan for its establishment was presented in the Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) by the 5th Prime Minister of Malaysia. The establishment was then approved by the Cabinet on June 14, 2006. Universiti Malaysia Kelantan is the only public university located in Kelantan.


Universiti Malaysia Kelantan atau ringkasnya UMK merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam yang ke-19 dan telah diumumkan penubuhannya semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. yang ke-5 . Ia kemudiannya diluluskan penubuhan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Jun 2006 . Universiti Malaysia Kelantan merupakan satu-satunya Universiti penuh yang ditempatkan di Negeri Kelantan Darul Naim.

Universiti Malaysia Kelantan has 3 campuses in Kelantan which is located at Pengkalan Chepa, Bachok and Jeli
Universiti Malaysia Kelantan mempunya 3 kampus di Kelantan iaitu Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Karung Berkunci 36,
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Kampus Bachok,
Beg Berkunci No.01,
16300 Bachok,
Kelantan.

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Kampus Jeli
Beg Berkunci No. 100
17600 Jeli,
Kelantan

Vice Chancellor UMK is YBhg. Prof. Dato' Dr. Mortaza Mohamed
Naib Canselor UMK adalah YBhg. Prof. Dato' Dr. Mortaza Mohamed

Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36,
Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Tel : +609 - 7717000 | Fax: +609 - 771 7022

Frequency Ask Question Regarding Undergraduate can be found here
Soalan Lazim Berkaitan Prasiswazah boleh didapati disini

We offer a lot of courses for undergraduate. List of all program can be view HERE 
Kami menawarkan pelbagai program untuk prasiswazah. Senarai Program boleh dilihat DISINI

For More Informations / Untuk Maklumat Lanjut

Bahagian Pentadbiran Akademik,
Universiti Malaysia Kelantan,
Kampus Bachok,
Beg Berkunci No.01,
16300 Bachok
Kelantan

Tel: +609-7797000 / 7027 / 7005
Faks: +6097797052
E-mail: akademik@umk.edu.my

UMK turut membuat pengambilan pada semester Februari, namun pengambilan berkenaan adalah untuk pelajar lepasan Diploma sahaja.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, saudara boleh berhubung terus dengan Pegawai di Bahagian Pembangunan Akademik, Encik Mohd Zamri Bin Ismail di talian 09-779 7027 / 7010.

Sebarang permasalahan berkenaan dengan Bendahari, boleh berhubung terus dengan Pegawai Kewangan, Puan Siti Hafidah Binti Kamsani di talian 09-771 7194 / 7114 / 7040.

UMK membuat pengambilan pelajar setahun sekali iaitu pada semester September. Permohonan bagi semester September hendaklah dibuat melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengurusan IPT Kementerian Pengajian Tinggi. Sila layari laman web Kementerian di alamat http://www.mohe.gov.my. Iklan mengenai permohonan kemasukan ke IPTA dikeluarkan oleh pihak kementerian.

Frequently Ask Question regarding Postgraduate can be found here.
Soalan Lazim berkaitan Pascasiswazah boleh dijumpai disini

List of Program Offered can be found HERE
Senarai Program yang Ditawarkan boleh dijumpai diSINI

For more informations, please visit Center for Postgraduate Studies Universiti Malaysia Kelantan website http://cps.umk.edu.my/ or contact +609-7717145 or email to siswazah@umk.edu.my


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Pusat Pengajian Siswazah Universiti Malaysia Kelantan http://cps.umk.edu.my/ atau hubungi +609-7717145 atau email kepada siswazah@umk.edu.my

 

Job Oppurtunity in UMK
Peluang Kerja di UMK

We will advertise career oppurtunity in our web. You can always check available job here http://jobs.umk.edu.my/

Kami akan mengiklankan jawatan kosong di website umk. Anda boleh semak pekerjaan yang ditawarkan di http://jobs.umk.edu.my/

Frequently Ask Question regarding Fees and Tuition.
Department: Bursar

Soalan Lazim Berkaitan Yuran dan Pengajian
Jabatan: Bendahari

Kadar yuran semasa dan yuran tertunggak boleh disemak dengan cara :-

i. Melayari portal pelajar
ii. Kaunter Pejabat Bendahari di setiap cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Yuran pengajian boleh dibayar melalui 4 kaedah :-

i. Perbankan internet – 'Bill Presentment'
ii. Pindahan ATM – Yuran IPT 'Bill Presentment'
iii. Kaunter Bank Islam –Slip Pembayaran
iv. Kaunter Pejabat Bendahari di setiap cawangan kampus

Sekiranya pelajar mempunyai tunggakan yuran pengajian, pelajar tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan, tidak boleh membuat pendaftaran kursus dan di sekat daripada mengambil keputusan peperiksaan.

Maklumat penaja pelajar boleh di kemaskini di Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Status yuran bagi pelajar tangguh atau berhenti ada termaktub di dalam buku peraturan akademik Universiti Malaysia Kelantan para 8.6 iaitu :-

i. Jika kelulusan diberi sebelum cuti pertengahan semester, pelajar dikehendaki menjelaskan separuh daripada yuran pengajian.
ii. Jika kelulusan diberi selepas cuti semester berakhir, pelajar dikehendaki menjelaskan keseluruhan yuran pengajian.
iii. Pelbagai yuran lain perlu dijelaskan sepenuhnya mengikut perenggan (i) dan (ii) di atas manakala yuran asrama adalah mengikut kiraan sebenar menduduki asrama.

Bagi pelajar berhenti di bawah para 10.2 termaktub pelajar berdaftar (termasuk pelajar yang telah membuat pra pendaftaran kursus) yang berhenti dari mengikuti program setelah semester bermula dikehendaki menjelaskan semua bayaran yuran semester berkenaan.

Pelajar boleh memohon lebih daripada satu tajaan tetapi pihak universiti berhak menentukan kelayakan penerimaan ke atas tajaan tersebut dan tertakluk kepada syarat daripada pihak penaja.

Proses bayaran balik kepada pelajar mengambil masa (2) dua minggu selepas cek yang diterima 'clear' di bank dan tertakluk kepada proses

Cara untuk mendapatkan bayaran balik yuran pengajian adalah :-

i. Bagi pelajar prasiswazah, bayaran balik yuran pengajian dan lain-lain yuran adalah dibawah kelulusan Bahagian Pentadbiran Akademik. Sekiranya pelajar memohon untuk mendapatkan bayaran tersebut pelajar dikehendaki melampirkan segala dokumen berkaitan bagi tujuan pembayaran.
ii. Bagi bayaran-bayaran lain boleh terus berhubung dengan Pejabat Bendahari di setiap cawangan kampus (tertakluk kepada jenis bayaran balik).
iii. Bagi pelajar pascasiswazah, pelajar perlu memohon setiap bayaran balik melalui Pusat Pengajian Siswazah dan melampirkan segala dokumen berkaitan bagi tujuan pembayaran.

Bayaran biasiswa /pinjaman/PTPTN/Mybrain (Master/Phd) akan diterima oleh pelajar setelah pihak penaja membuat bayaran kepada pihak universiti. Sila berurusan atau hubungi bahagian terimaan pelajar untuk mengetahui status terkini

Sekiranya pelajar adalah di bawah tajaan MyBrain/SLAB/SLAI/KPM/KPTM/MARA atau sebagainya, pelajar adalah layak untuk mendaftar dan mendapatkan surat pengesahan tajaan daripada pihak pejabat bendahari bagi tujuan pendaftaran. (tertakluk kepada tempoh sah tajaan).

Hubungi Bahagian Pentadbiran Akademik di talian 09-7797003, 09-7797004, 09-7797010, 09-7797013, 09-7797026, 09-7797027

Frequently Ask Question Regarding PPKS

Program Persediaan Keusahawanan Sains (PPKS) merupakan satu program persediaan atau asasi yang dilaksanakan oleh UMK dengan kerjasama MARA dan Kolej MARA Kulim, Kedah.


Matlamat program adalah untuk melahirkan graduan bidang sains yang dilengkapi dengan ilmu asas keusahawanan. Memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi khususnya UMK.

Elemen pendidikan keusahawanan bukan hanya memfokuskan kepada membangunkan perniagaan, malah lebih daripada itu, individu yang mempunyai attribute dan nilai keusahawanan dalam diri secara langsung mempunyai ciri-ciri daya tahan yang tinggi, semangat persaingan yang jitu, dinamik, kreatif dan inovatif. Ciri-ciri ini semestinya perlu ada dalam diri setiap pelajar dan graduan tidak kira bidang kerjaya apa yang dipilih demi memastikan kejayaan diri masing-masing.

Melalui kursus Bahasa Asing, pelajar juga diharapkan dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam pelbagai bahasa sebagai nilai tambah kepada diri dalam menghadapi pasaran kerja yang kompetitif dan persaingan dalam bidang keusahawanan.

Dengan pelbagai inisiatif kerajaan yang disediakan, tiada alasan lagi untuk kaum bumiputera menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Hasil pembelajaran yang diikuti selama setahun di Kolej MARA Kulim ini, serta bimbingan yang diberikan oleh para guru yang sangat berdedikasi, graduan PPKS akan menjadi penanda aras kepada piawaian kualiti bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pengajian khususnya ke bidang sains peringkat sarjana Muda di Universiti Malaysia Kelantan.

Layari www.umk.edu.my untuk muat turun borang permohonan melalui menu Prasiswazah

 

Terbuka kepada Bumiputera warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 20 tahun semasa tahun permohonan

Mendapat Kepujian (Gred C) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mata pelajaran;

     - Bahasa Malaysia
     - Matematik

Dan

Mana-mana tiga (3) daripada mata pelajaran berikut;

     - Matematik Tambahan
     - Geografi
     - Sains Tulen
     - Fizik
     - Sains Pertanian
     - Kimia
     - Biologi

MUAT TURUN SEGERA BORANG PERMOHONAN - MUAT TURUN
Hubungi : +609-7797010 / 7014 / 7027 atau +609-9477019 / 7037 atau
e-mail : akademik@umk.edu.my untuk pertanyaan lanjut.

Did not found what you looking for? Use our Helpdesk System for help
Tidak jumpa apa yang dicari? Gunakan Helpdesk Sistem kami

Officer Incharge: En. Mohammad Thalhah Amir Bin Abdul Rahman (thalhah.ar@umk.edu.my)

 

HOT TOPIC