A- A A+
logoumkmerdeka2017

MENTERI Perdagagan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed , mengagihkan 1000 bungkusan pulut kuning sebagai juadah berbuka bersempena  bulan Ramadhan kepada orang ramai yang berkunjung ke Bazar Ramadan Ayer Lanas, Jeli, Kelantan, pada 25 Jun 2016.

Program anjuran Empower Ekonomi Wilayah Timur  (ECER) – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang bertemakan Tautan Kasih Parlimen Jeli itu mula diagihkan di pintu masuk tapak bazar  bermula jam 4.30 petang sehingga 6.00 petang.

Pengunjung kelihatan berpusu-pusu menerima sumbangan bungkusan pulut kuning yang disampaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Jeli yang juga Menteri Mentor UMK.

Pengurus Projek Program Empower ECER-UMK, En. Shahrul Azrie Roslan berkata, program sumbangan tersebut merupakan usaha untuk menyemarakkan bulan Ramadan disamping mengeratkan tali silaturahim antara penduduk setempat bersama pemimpin tempatan.

Katanya, pihak UMK telah bekerjasama dengan ECERDC dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dan program sumbangan pulut kuning  kali ini sebagai usaha untuk menyuburkan semangat bantu-membantu antara satu sama lain.

“Pada kali ini, program ini dimerihakan dengan kehadiran Dato’ Sri Mustapa yang sudi untuk mengagihkan sendiri juadah tersebut,” katanya.

Menurut En. Sharul Azrie, program empower ECER Latihan Kemahiran & Keusahawanan adalah salah satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Modal Insan ECERDC bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar.

Katanya, peserta-peserta yang terpilih untuk mengikuti Program empower ECER Latihan Kemahiran & Keusahawanan bagi tahun 2016 adalah yang terdiri daripada golongan belia dan dewasa yang kurang bernasib baik.

“Senarai kursus yang ditawarkan di dalam program empower ECER seperti Kursus Perbidanan Melayu Terapi (Post Natal), Kursus Dandanan Rambut,  Kursus Kulinari, Kursus Jahitan & Sulaman dan Kursus Scaffolding,” jelasnya lagi.

Tambah beliau, manakala sasaran latihan akademik ialah pelajar miskin yang lemah prestasi akademik dan untuk program latihan kemahiran keusahawanan menyasarkan golongan kurang bernasib baik termasuk belia.

“Program Empower Ecer di Jeli mula dilancarkan pada tahun 2011 adalah bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat luar bandar dan bandar,” katanya.

Published in Latest News

Oleh : Syarimie Wosley   Foto : Al Azam Razi

 

TIMBALAN Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Prof. Abd. Aziz Ab. Latif menerima watikah pelantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam) pada majlis  Penganugerahan Pingat dan Sijil Penghargaan, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)  2016, di Pejabat Pertahanan Awam, Kangar, Perlis, pada 1 April 2016.

Majlis penganugerahan yang membawa gelaran Komandan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA UMK) telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam, YBhg. Dato’ Ogu Salim Omar, sempena sambutan Hari Ulangtahun Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan kali ke 64 tahun.

Pada majlis itu, sebanyak 168 pingat dianugerahkan kepada 33 pegawai tetap, 29 pegawai kehormat/bersekutu dan pasukan dan 109 pingat dan sembilan sijil penghargaan untuk Anggota Sukarela Pertahanan Awam (ASPA).

Turut hadir, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, YBhg. Dato’ Zaitun Ab. Samad dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Pertahanan Awam, Dato’ Hj. Selamat Dahalan.

Menurut Prof. Abd. Aziz, pelantikan itu memberikan suntikan semangat kepada universiti khususnya yang terlibat dalam keanggotaan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA UMK) untuk terus aktif dalam aktiviti kesukarelawanan.

Beliau melahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada JPAM atas penganugerahan ini dan berharap pertauliahan ini sebagai pembakar semangat kepadanya dan universiti untuk terus memberi khidmat bakti kepada negara.

KorSispa3Katanya, UMK mula terlibat secara aktif dalam penubuhan Kor SISPA UMK sejak diluluskan penubuhan iaitu pada 2011 dan merupakan Universiti yang ke-19 mendaftar secara sah dengan pihak JPAM.

“Matlamat penubuhan Kor SISPA ialah untuk membentuk para graduan melalui pelbagai aktiviti pertahanan awam bertujuan memantapkan semangat patriotik serta meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama berlandaskan semangat kesukarelawanan dan penglibatan khidmat sosial,” katanya.

Tambah beliau, keahlian Kor SISPA UMK ialah seramai 127 orang anggota pada masa ini terdiri daripada mahasiswa di ketiga-tiga kampus dan universiti  sedang berusaha untuk melaksanakan penambahan anggota bertujuan untuk memudahkan penganjuran pelbagai aktiviti kesukarelawan.

“Penglibatan UMK dalam Kor SISPA adalah untuk membentuk satu masyarakat khususnya kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti kesukarelaan bagi memantapkan semangat patriotik dan meningkatkan tahap disiplin serta membina semangat bekerjasama

“Kita sentiasa terbuka untuk menerima pelajar yang berminat kerana pasukan beruniform adalah platform untuk pembinaan sahsiah dan kepimpinan pelajar daripada aspek displin serta untuk penglibatan dalam aktiviti kesukarelawan untuk mendekati masyarakat setempat,” ujarnya.

Kor SISPA UMK telah diselaraskan oleh Kapten Bersekutu (PA) Wan Ahmad Khairul bin Wan Ahmad Najib dan dibantu oleh Kapten Bersekutu Raja Azlan bin Raja Ismail, Kapten Bersekutu (PA) Mohd Fadli bin Mohd Zain dan Kapten Bersekutu (PA) Nor Azlina binti Kamaruddin mengikut portfolio masing-masing. 

Link to UMK Emedia Gallery : http://emedia.umk.edu.my/gallery/index.php?/category/223

Published in Latest News

Oleh : Syarimie Wosley   Foto : Al Azam Razi

KEPRIHATINAN Tengku Puan Temenggong Kelantan, YM. Dato’ Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menggalas tanggungjawab untuk membantu rakyat Kelantan yang kurang bernasib baik bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah dan meringankan beban mereka malah berjaya meningkatkan tahap ekonomi dan pendidikan rakyat di negeri ini.

Rakyat Kelantan sememangnya bertuah kerana Tengku Puan Temenggong yang sentiasa tidak jemu-jemu mencemar duli  menghulurkan bantuan dan sumbangan sejak dua tahun lalu sehingga lahir sebuah tabung amal kebajikan yang diberikan nama Yayasan Noor Al Syakur atau YANAS.

Yayasan Noor Al Syakur yang diilhamkan pada bencana banjir besar pada penghujung 2014 dan awal 2015 adalah salah satu daripada saluran kebajikan dengan matlamat utama mengurangkan keperluan kewangan rakyat Kelantan dengan menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Pada awal penubuhanya, YANAS bergerak sendiri namun hasil daripada kejayaan beberapa siri program amal yang telah dilaksanakan YANAS mula mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak diantaranya Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Selain itu, YANAS turut mendapat kerjasama baik daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Kemasyarakatan, RELA, bomba, Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan, Angkatan Tentara Malaysia dan lain-lain.

Keikhlasan YM Tengku Puan Temenggong  dan Tengku Temenggong Kelantan, YBM. Dato’ Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz  jelas terpancar di wajah kedua-dua pasangan diraja ini dan tidak mustahil beliau sentiasa mendapat tempat amat istimewa di hati rakyat tanpa mengira usia, serta latar belakang, malah kehadiran di dalam masyarakat sentiasa ditunggu-tunggu walaupun sekadar kunjungan ringkas.

Kesederhanaan yang ditonjolkan dengan mempamerkan wajah yang manis membuatkan ramai menyenangi pasangan diraja ini.

Menurut YM Dato’ Tunku Noor Hayati, matlamat utama penubuhan YANAS adalah untuk mengurangkan keperluan kewangan rakyat dengan melaksanakan pelbagai aktiviti di sekitar Kelantan yang  bertujuan untuk  membantu menghidupkan semula ekonomi Kelantan selepas musibah bah besar.

Katanya, kami berhasrat untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi mangsa banjir dan rakyat Kelantan supaya mereka dapat berdikari dan berdiri di atas kaki mereka serta bersedia untuk kembali bekerja.

“Hasil lawatan kami mendapati terdapat ramai mangsa banjir kehilangan pendapatan ada diantara mereka kehilangan sumber ekonomi apabila mesin jahit mereka ditenggelami lumpur.

“Malah, ada ladang pisang, padi dan ladang jagung mereka habis musnah ditenggelami banjir,” katanya pada Majlis Amal Minum Petang anjuran YANAS, di Menara FELDA, Kuala Lumpur, pada  26 Mac 2016.

Majlis itu turut dihadiri Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Prof. Abd. Aziz bin Ab. Latif, menyaksikan YM Dato’ Tunku Noor Hayati menerima sumbangan berjumlah RM75,000 hasil daripada kutipan dana Kejohanan Golf Amal YANAS pada 5 Mac 2016.

YM Dato’ Tunku Noor Hayati, berkata, pihak YANAS juga telah bekerjasama dengan UMK dengan menganjurkan program kemasyarakatan iaitu projek Rumahku pada 2013 dan 2014, yang menjadi perintis dengan membuka jalan kepada titik penjelajahan bantuan ke kampung-kampung di pedalaman.

Beliau berkata, YANAS juga telah menubuhkan satu tabung zakat dengan mengenal pasti dana yang berasingan untuk digunakan kepada golongan  di bawah Asnaf, seperti  rumah anak yatim, Muaalaf (mualaf), warga emas dan ibu tunggal.

“Dana ini juga akan disalurkan kepada madrasah, sekolah Agama dan sekolah pondok bagi  memastikan penubuhan sekolah pondok yang menjadi identiti negeri serambi Mekah dan dapat dikekalkan sepanjang tahun,” jelas beliau.

Sementara itu, Prof. Abd. Aziz, berkata UMK telah lama menjalinkan hubungan kerjasama dengan YANAS dengan menyokong pelbagai program yang dianjurkan sebagai memperkasakan hubungan universiti dengan masyarakat melalui program kemasyarakatan dan pembangunan sosial setempat.

Katanya, melalui program kemasyarakatan ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar universiti dalam aktiviti amal jariah yang penting dalam kehidupan seharian disamping mengeratkan hubungan dengan kerabat DiRaja Kelantan dan masyarakat melalui projek amal yang terancang.

“Kerjasama ini secara tidak langsung dapat meletakkan UMK sebagai sebuah institusi awam yang sentiasa menyokong pembangunan Negeri Kelantan yang bukan sahaja dari segi ekonomi bahkan merangkumi pembangunan sahsiah dan sosiali,” katanya.

Link to UMK Emedia Gallery : http://emedia.umk.edu.my/gallery/index.php?/category/224

Published in Latest News

Oleh : Aiman Syazwan Foto : Al Azam Razi

KESEDARAN dalam membudayakan sifat keusahawanan penting dalam menggalakkan pembangunan modal insan dan cabaran dari aspek ekonomi negara.

Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed berkata, sebenarnya bidang keusahawanan ini adalah untuk memastikan kita relevan pada masa akan datang untuk membentuk sistem kerja yang lebih agresif, dinamik dan berdaya saing.

“UMK merupakan sebuah universiti yang sepatutnya mengetuai inisiatif keusahawanan negara untuk melahirkan usahawan-usahawan yang mahir dalam bidang perniagaan.

“Oleh itu, penyertaan golongan muda dalam bidang keusahawanan adalah merupakan salah satu inisiatif untuk mengalakkan berniaga menerusi penyediaan bantuan dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan,” katanya pada Karnival Pendidikan Kerjaya dan Keusahawanan 2016 anjuran UMK Business Ventures Sdn Bhd dengan Kerjasama PPD Bachok dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, di Pejabat Pelajaran Daerah Bachok (PPD), Bachok, Kelantan.

Sempena karnival itu, pelbagai pameran dan gerai usahawan disediakan sepanjang program  yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 26 Mac 2016.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN), YBhg. Dato’ Haji Abdul Aziz Abdullah, program ini adalah hasil kerjasama UMKBV yang menjadi  rakan kongsi dalam aktiviti pendidikan.

“Jalinan kerjasama ini merupakan salah satu langkah yang proaktif antara Pejabat Pelajaran Daerah Bachok (PPD) bersama UMK untuk melahirkan generasi yang berinovasi dalam bidang keusahwanan.

“Pendidikan merupakan satu agenda negara yang besar perlu ada permuafakatan dari pelbagai pihak untuk meningkatkan mutu pendidikan negara agar dapat bersaing sehingga ke peringkat global,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha dan jalinan kerjasama untuk mencari peluang membuat jaringan atau hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak khususnya Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Kita perlu berusaha ke arah langkah inovatif dan kreatif pada abad ke- 21 yang menekankan kepada empat aspek utama iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan pemikiran kreatif,” katanya.

Link to UMK Emedia Gallery : http://emedia.umk.edu.my/gallery/index.php?/category/222

Published in Latest News

Oleh : Syarimie Wosley & Aiman Syazwan   Foto : Al Azam Razi

SERAMAI 150 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyertai acara jalan kaki amal Pink Walk 2016 sejauh tiga kilometer bermula dan tamat di Dataran Asrama, UMK Kampus Kota yang  bertujuan bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada tabung misi Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam usaha membantu meringankan beban pesakit kanser di Malaysia.

Penasihat Program, En. Fauzan Hafiz Muhammad Safri, berkata program itu merupakan pengisian aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Kasih UMK secara serentak di ketiga-tiga kampus UMK iaitu di Bachok, Jeli dan UMK Kampus Kota tepat pada jam 8 malam.

Katanya, program ini bagi menghantar mesej harapan untuk semua orang-orang di Malaysia yang menghidap  kanser dengan menyalakan lilin dan berjalan kaki sejauh tiga kilometer sebagai simbolik kepada kempen mengutip dana untuk Karnival Pink Walk.

“Kami bersama-sama peserta terdiri daripada pelajar UMK berjalan di sepanjang jalan di sekitar Pengkalan Chepa sebagai mesej yang khusus untuk orang yang disayangi dan  pesakit kanser yang semakin meningkat setiap tahun,” katanya.

Menurut En. Fauzan Hafiz, pada program itu Kelab Kasih UMK  berjaya mengutip sebanyak RM2,250.00 melalui penyertaan dengan bayaran yuran sebanyak  RM15  seorang dan hasil kutipan ini akan disalurkan pada MAKNA.

Beliau berkata, statistik daripada MAKNA mencatatkan seramai 11 juta orang dewasa dan kanak-kanak  menghidap kanser dan enam juta daripada mereka meninggal dunia akibat kanser.

“Di Malaysia sahaja sebanyak 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan menghidap kanser setiap tahun dan statistik ini amat membimbangkan kerana tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau dipulihkan.

“Ini adalah tujuan kami untuk menjemput mereka untuk datang bersama-sama memberi sinar harapan kepada pesakit kanser untuk masa depan yang cerah tanpa kanser,” jelasnya.

Sementara itu, Penyelaras Program Pink Walk,  S.Logesh Kumar, berharap karnival Pink Walk ini menjadi perintis kepada usaha untuk menghimpunkan seramai 5,000 peserta untuk dicatatkan dalam Malaysia Book of Records bagi acara kemuncak kepada karnival ini   yang akan dijadualkan berlangsung pada 23 April 2016 di UMK Kampus Bachok.

Katanya, acara amal ini  juga menjadi medium penyatuan warga UMK yang berbilang kaum dan secara tidak langsung kita dapat berkongsi perasaan gembira kerana dapat berjalan bersama - sama sejauh tiga kilometer.

“Program ini sebagai  juga titik permulaan untuk kempen Karnival Pink Walk kepada pelajar untuk  menyokong kejayaan program amal ini dengan memberi harapan kepada pesakit dari aspek kewangan dan moral kepada pesakit,” ujarnya.

Link to UMK Emedia Gallery : http://emedia.umk.edu.my/gallery/index.php?/category/219

Published in Latest News

Oleh: Aiman Syazwan  Foto : Mohd Al Azam Razi

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Sains Malaysia (USM) menggorak langkah menerusi kerjasama strategik di dalam usaha meningkatkan tahap kemahiran dan kepakaran penyelidikan bagi melahirkan graduan yang berkualiti  daripada kedua-dua buah universiti itu.

Kerjasama itu adalah bagi pembangunan model atau kerangka kerjasama melalui Kolokium Kesamaan dan Keserakanan menerusi kerjasama  yang berfokus seperti saranan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam konsep kebersamaan dan keserakanan.

Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza Mohamed, berkata, kerjasama itu merangkumi bidang akademik, penyelidikan, pengajian siswazah, sumber manusia dan fasiliti setiap univeristi dalam menjalankan misi Strategi Laut Biru negara.

Katanya, kerjasama antara UMK dan USM adalah bertujuan untuk kedua-dua universiti  saling bantu-membantu antara dua bidang berbeza serta menjadikan bidang itu lebih meluas dan besar.

"Sebelum ini, kerjasama UMK dan USM telah pun bermula pada tahun 2007 lagi khususnya dalam program keusahawanan dan pengurusan kesihatan.

"Pihak UMK pernah menghantar dua pelajar untuk menjalani sesi pembelajaran makmal di USM dan mungkin di masa hadapan, USM boleh menghantar pelajar mereka bagi mempelajari bidang keusahawanan dan kejuruteraan yang terdapat di UMK," katanya pada Majlis Kolokium Keserakanan dan Kebersamaan di Antara USM dan UMK, di Kampus USM Cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, pada 27 Mac 2016.

Turut hadir, Naib Canselor USM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Omar Osman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa USM, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, Prof. Dr. Mohd Hassan Mohd Osman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK,  Prof. Dato' Dr. Ibrahim Che Omar serta Pendaftar USM, Prof. Dr. Abdul Aziz Tajuddin dan Pendaftar UMK, Mejar (K) Pauzi Pak Chu.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mortaza, sebagai universiti baharu dan kami memerlukan bantuan dari universiti lama seperti USM untuk turut tampil ke barisan hadapan bersama mereka.

"Ada pelajar kami terutamanya pelajar veterinar dihantar ke USM untuk menjalankan kajian bukan sahaja untuk menggunakan alatan di USM tetapi untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tatacara yang betul oleh pakar-pakar USM.

"Kami berbesar hati untuk menerima pertolongan dari USM dan sebaliknya kami lebih berbesar hati untuk menolongnya dalam menjalankan usaha kerjasama dua pihak ini," katanya.

Sementara itu, Prof. Dato’ Dr. Osman berkata,  jalinan kerjasama bersama UMK mampu bertukar kepakaran dan mewujudkan kolaborasi dalam usaha memperkasakan pengajian tinggi bagi mencapai hasrat pelan strategik pendidikan negara.

Beliau berkata, walaupun USM dan UMK berfokus kepada bidang yang berlainan, namun ketidaksamaan inilah yang akan memberikan sinergi yang begitu baik dalam pengurusan.

“Contohnya, USM mempunyai pakar dalam alam bina yang mana akan diperlukan oleh UMK yang mempunyai pengajian dalam bidang Sains Warisan dan sebaliknya,” katanya.

Tambah beliau, kepakaran-kepakaran UMK dalam bidang keusahawanan terutamanya kaedah untuk mengembangkan industri kecil dan sederhana yang tidak memerlukan kos pelaburan yang tinggi juga satu kerjasama boleh dilakukan khususnya di wilayah pantai timur.

 

Link to UMK Emedia Gallery : http://emedia.umk.edu.my/gallery/index.php?/category/221

Published in Latest News
第 1 页 共 2 页

HOT TOPIC