Pengenalan UMK

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI

Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK ke 9) pada 31 Mac 2006.

Penubuhan universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu,frasa rangsangan seperti "Entrepreneurship is Our Thrust" (Keusahawanan Teras Kami) dan "Entrepreneurial University" (Universiti Keusahawanan) digunakan secara meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu:

1. Keusahawanan dan Perniagaan;
2. Teknologi Kreatif dan Warisan;
3. Agro-industri dan Sains Sumber Asli

Pada masa yang sama, penekanan diberikan kepada kemahiran berbahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas pertama yang lengkap dengan ciri-ciri usahawan. Modal insan yang dihasilkan diharap dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan global dan memberi perhatian kepada peningkatan keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (capability and capacity building of SME) serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat perdagangan berkeusahawanan tinggi. Selaras dengan pelaksanaan semua bidang pengajian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) digunakan sebagai pengupaya (ICT as an enabler).

Garis Masa UMK

31 Mac 2006

parlimen
Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan satu komponen dalam Rancangan Malaysia ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara.YAB Perdana Menteri telah menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RM ke 9) pada 31 Mac 2006.

31 Mac 2006

14 Jun 2006

Penubuhan universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006.

1 September 2006

Penubuhan universiti ini direkodkan dalam sejarah perundangan negara selepas ia diwartakan pada 7 Disember 2006, P.U.(A) 415 sebagai universiti dengan nama dan gelaran sebagai "Universiti Malaysia Kelantan" berkuat kuasa pada 1 September 2006

1 September 2006

1 Oktober 2006

VC

Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Prof. Dato 'Ir. Dr. Zainai bin Mohamed, yang dilantik pada 1 Oktober 2006.

1 Julai 2007

Kampus sementara UMK di Taman Bendahara memulakan operasi rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran 295 pelajar perintis

1 Julai 2007

1 Mei 2007

Seksyen 10 Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan sebagaimana peruntukan seksyen 8(1) Jadual 1 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30), Seri Paduka Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Al-Sultan Kelantan, dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan yang pertama mulai 1 Mei 2007 sehingga 30 April 2012

19 Jun 2007

Senat sebagai badan utama akademik Universiti ditubuhkan di bawah seksyen 22 Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan. Mesyuarat Pertama Senat diadakan pada 19 Jun 2007 bertempat di The Summit Hotel, Subang Jaya, Selangor

19 Jun 2007

19 Jun 2007

Pihak Pengurusan universiti atau dikenali sebagai Jawatankuasa Eksekutif Universiti ditubuhkan berlandaskan Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan dibawah seksyen 21. Mesyuarat pertamanya diadakan pada 19 Jun 2007 bertempat di The Summit Hotel, Subang Jaya, Selangor

22 Jun 2007

Lembaga Pengarah Universiti ditubuhkan mengikut seksyen 17 Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan. Mesyuarat Pertama Lembaga Pengarah Universiti telah diadakan pada 22 Jun 2007 bertempat di PNB Darby Park Hotel, Kuala Lumpur

22 Jun 2007

16 Mac 2008

logo umk

University telah memperkenalkan logo UMK pada 16 Mac 2008.

8 Jun 2008

lagu "Terbilang UMK" telah diperkenalkan pada 8 Jun 2008. oleh "Ariffin bin Pawanchik" dan lirik ditulis oleh "Marwan bin Ismail".

8 Jun 2008

10 Ogos 2008

cokmar

Universiti telah memperkenalkan peralatan istiadat secara rasminya pada 10 Ogos 2008 bersempena Majlis Istiadat Pemashyuran Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan

15 September 2011

Konvokesyen pertama UMK telah diadakan dari 15 hingga 19 September 2011 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan

15 September 2011

E-COMMUNITY



 
Kemaskini pada 01 April 2024
Image

IKUTI KAMI

HUBUNGI KAMI

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
16300 Bachok,
Kelantan.
09-7797000
pkk@umk.edu.my


UMK KAMPUS KOTA
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu,
Kelantan.
09 - 771 7000
pkk@umk.edu.my


UMK KAMPUS JELI
17600 Jeli,
Kelantan.
09-9477000 / 09-9477200
pkk@umk.edu.my