Seminar Ekspedisi Saintifik Tanah Tinggi Lojing
Penemuan, Pencapaian dan Halatuju
Ekpedisi Saintifik Tanah Tinggi Lojing 2008, telah berjaya dianjurkan oleh UMK dan UMS dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan KESEDAR untuk mencari dan mendokumentasikan keindahan alam dan bioversiti yang terdapat di kawasan tanah tinggi Lojing yang terletak 50 kilometer dari bandar Gua Musang.
Lokasi Tanah Tinggi Lojing

Sebahagian pemandangan di Tanah Tinggi Loging
Penyelidik mengumpul sampel air di Tanah Tinggi Lojing
Seramai lebih kurang 100 orang peserta dari pelbagai universiti, penyelidik dari dalam dan luar negara telah menyertai ekspedisi selama 18 hari berturut-turut ini

Keceriaan wajah penyelidik setelah akhirnya menemui bunga terbesar, Rafflesia kerri
Bagi merealisasikan objektif utama ekspedisi ini maka hasil kajian
yang dijalankan dan input yang diperoleh perlu di bincangkan dan di
kongsi bersama disamping untuk menambah ilmu pengetahuan, ia juga
bagi membantu memulihara dan mengekalkan keindahan alam semulajadi
di kawasan tanah tinggi Lojing. Justeru, inisiatif diambil untuk
mengadakan Seminar Ekpedisi Saintifik Tanah Tinggi Lojing bagi
memberi peluang kepada para penyelidik membentangkan hasil kajian
mereka dan berkongsi pendapat, idea dan cadangan.
Borang Pendaftaran Seminar Klik Disini




