Pengumuman Rasmi
KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA NAIB CANSELOR DAN REKTOR UNIVERSITI AWAM (JKNCR)
KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA NAIB CANSELOR DAN REKTOR UNIVERSITI AWAM (JKNCR)
TUDUHAN IPTA MENGAMALKAN KEMASUKAN “PINTU BELAKANG”
Merujuk kepada kenyataan yang telah dibangkitkan oleh seorang ahli politik baru-baru ini, Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor (JKNCR) Universiti Awam tampil menyuarakan pendirian rasmi berhubung isu-isu yang disentuh. Sebagai badan yang mewakili kepimpinan tertinggi Universiti Awam negara, JKNCR berpandangan bahawa sebarang perbahasan berkaitan pendidikan tinggi perlu berasaskan fakta dan data yang sahih serta kefahaman yang tepat terhadap struktur tadbir urus universiti.