Assalamualaikum wrm. wbt dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dato'/Datuk / Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) GRED UTAMA B (VU6) DI UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Gred Utama B (VU6) seperti iklan yang dilampirkan. Calon yang berminat perlu mengemukakan borang permohonan bersama dokumen-dokumen (secara softcopy dan hardcopy) seperti berikut:
Dokumen hardcopy : PENDAFTAR
PEJABAT PENDAFTAR
BANGUNAN CANSELORI, ARAS 2
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
16300 BACHOK
KELANTAN DARUL NAIM
Dokumen softcopy : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
3. Bersama ini dilampirkan iklan berkaitan untuk makluman YBhg. Prof. Dato'/Datuk / Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 April 2026.
Sekian untuk makluman.
Terima kasih.