Halaman ini menerangkan dasar privasi kami, yang merangkumi penggunaan dan perlindungan sebarang maklumat yang dikemukakan oleh pelawat kami. Jika anda memilih untuk melakukan sebarang transaksi atau menghantar e-mel yang menyediakan data peribadi yang boleh dikenal pasti, data ini mungkin akan dikongsi dengan agensi Kerajaan lain sekiranya perlu bagi memastikan perkhidmatan yang paling cekap dan berkesan dapat diberikan kepada anda. Contohnya adalah dalam menyelesaikan atau menangani aduan yang memerlukan tindakan lanjut oleh agensi Kerajaan lain.
Tiada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti akan dikumpul semasa melayari Portal ini kecuali maklumat yang diberikan oleh anda melalui e-mel dan borang.
Portal ini menggunakan session cookies dan persistent cookies untuk tujuan keselamatan, analitik dan pengalaman pengguna. Sesetengah cookies disimpan untuk tempoh tertentu dan tidak dipadam apabila pelayar ditutup
Portal kami mengandungi pautan ke portal / laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan yang lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Harus diingat bahawa portal / laman web di dalam pautan tersebut mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat dinasihatkan untuk menyelidik serta memahami dasar privasi setiap portal / laman web yang dilawati.
Sekiranya dasar privasi ini berubah dalam apa jua cara, ia akan dikemas kini di halaman ini. Sentiasa menyemak halaman ini akan memastikan anda sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai maklumat yang dikumpul, bagaimana ia digunakan dan dalam keadaan apa, jika ada, ia dikongsi dengan pihak lain.
Teknologi terkini termasuk perisian penyulitan data digunakan untuk melindungi sebarang data yang diberikan kepada kami dan piawaian keselamatan yang ketat dikekalkan bagi mengelakkan akses tanpa kebenaran.
Semua penyimpanan dan penghantaran data peribadi secara elektronik adalah terjamin dan disimpan dengan teknologi keselamatan yang bersesuaian.
Customize your browsing experience