Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan satu komponen dalam Rancangan Malaysia ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri telah menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RM ke 9) pada 31 Mac 2006.
Penubuhan universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006.
Penubuhan universiti ini direkodkan dalam sejarah perundangan negara selepas ia diwartakan pada 7 Disember 2006, P.U.(A) 415 sebagai universiti dengan nama dan gelaran sebagai "Universiti Malaysia Kelantan" berkuat kuasa pada 1 September 2006.
Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Prof. Dato' Ir. Dr. Zainai bin Mohamed, yang dilantik pada 1 Oktober 2006.
Seksyen 10 Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan sebagaimana peruntukan seksyen 8(1) Jadual 1 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30), Seri Paduka Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Al-Sultan Kelantan, dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan yang pertama mulai 1 Mei 2007 sehingga 30 April 2012.
Senat sebagai badan utama akademik Universiti ditubuhkan di bawah seksyen 22 Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan. Mesyuarat Pertama Senat diadakan pada 19 Jun 2007 bertempat di The Summit Hotel, Subang Jaya, Selangor.
Pihak Pengurusan universiti atau dikenali sebagai Jawatankuasa Eksekutif Universiti ditubuhkan berlandaskan Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan dibawah seksyen 21. Mesyuarat pertamanya diadakan pada 19 Jun 2007 bertempat di The Summit Hotel, Subang Jaya, Selangor.
Lembaga Pengarah Universiti ditubuhkan mengikut seksyen 17 Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan. Mesyuarat Pertama Lembaga Pengarah Universiti telah diadakan pada 22 Jun 2007 bertempat di PNB Darby Park Hotel, Kuala Lumpur.
Kampus sementara UMK di Taman Bendahara memulakan operasi rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran 295 pelajar perintis.
Universiti memperkenalkan Logo UMK secara rasmi, mewujudkan identiti visual institusi yang kekal hingga hari ini.
Lagu "Terbilang UMK" telah diperkenalkan pada 8 Jun 2008 oleh "Ariffin bin Pawanchik" dan lirik ditulis oleh "Marwan bin Ismail".
Universiti telah memperkenalkan peralatan istiadat secara rasminya pada 10 Ogos 2008 bersempena Majlis Istiadat Pemashyuran Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan.
Konvokesyen pertama UMK telah diadakan pada 19 September 2011 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan.
Customize your browsing experience