Strategi Teras Pembangunan ‐ Universiti Malaysia Kelantan
Setiap warga UMK yang terdiri daripada pelajar dan staf mendukung teras nilai yang sama bagi membentuk satu identiti Universiti. Nilai-nilai ini menjadi asas kepada pembangunan modal insan yang kreatif, inovatif dan profesional dalam semua aspek pengurusan dan perkhidmatan.
01
Teras Pembangunan UMK
02
Nilai Teras Organisasi
Setiap warga UMK yang terdiri daripada pelajar dan staf mendukung teras nilai yang sama bagi membentuk satu identiti Universiti. Tiga (3) nilai teras UMK adalah:
03
Kreatif dan Inovatif
Warga UMK harus senantiasa mempertingkatkan kualiti kerja dengan menambahbaik prosedur kerja dan memberi perhatian kepada amalan terbaik supaya penyampaian lebih efektif, lebih pantas (efisien) dan menambah kepuasan kepada pengguna.
Warga UMK juga perlu memperkenalkan produk, kaedah atau pendekatan baru dalam penawaran perkhidmatan pendidikan keusahawanan dengan mengambil kira penyesuaian kepada perubahan persekitaran.
Nilai 0104
Kesediaan Membuat dan Menerima Perubahan
Warga UMK perlu bersedia untuk mempelajari dan meneroka ilmu baru untuk meningkatkan keupayaan diri semasa melaksanakan tanggungjawab.
Mereka juga harus mengambil sikap positif kepada teguran yang membina sebagai proses pemantapan hasil kerja. Sikap keterbukaan ini membentuk individu yang fleksibel, serba boleh, berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi.
Nilai 0205
Profesional
Warga UMK harus berpengetahuan luas, berkemahiran dan kompeten dalam bidang kepakaran atau tanggungjawab, serta mengutamakan pelaksanaan tanggungjawab secara efisyen dan efektif mengikut disiplin tugas dan etika bidang kepakaran.
Warga universiti sentiasa memberi penekanan kepada pencapaian Visi UMK dengan mengamalkan sikap mesra dan endah, berintegriti, partisipatif, jujur dan amanah, serta bersedia untuk memimpin dan memberikan kerjasama apabila dipimpin.
Nilai 03Customize your browsing experience