SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI
Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK ke 9) pada 31 Mac 2006.
Penubuhan universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu,frasa rangsangan seperti "Entrepreneurship is Our Thrust" (Keusahawanan Teras Kami) dan "Entrepreneurial University" (Universiti Keusahawanan) digunakan secara meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu:
1. Keusahawanan dan Perniagaan;
2. Teknologi Kreatif dan Warisan;
3. Agro-industri dan Sains Sumber Asli
Garis Masa UMK
31 Mac 2006
Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan satu komponen dalam Rancangan Malaysia ke-9 bagi menyokong pembangunan modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara.YAB Perdana Menteri telah menubuhkan sebuah universiti di Kelantan dalam pembentangan Rancangan Malaysia ke Sembilan (RM ke 9) pada 31 Mac 2006.
31 Mac 2006
14 Jun 2006
Penubuhan universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006.
1 September 2006
Penubuhan universiti ini direkodkan dalam sejarah perundangan negara selepas ia diwartakan pada 7 Disember 2006, P.U.(A) 415 sebagai universiti dengan nama dan gelaran sebagai "Universiti Malaysia Kelantan" berkuat kuasa pada 1 September 2006
1 September 2006
1 Oktober 2006
Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Prof. Dato 'Ir. Dr. Zainai bin Mohamed, yang dilantik pada 1 Oktober 2006.
1 Julai 2007
Kampus sementara UMK di Taman Bendahara memulakan operasi rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran 295 pelajar perintis
1 Julai 2007
1 Mei 2007
Seksyen 10 Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan sebagaimana peruntukan seksyen 8(1) Jadual 1 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30), Seri Paduka Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Al-Sultan Kelantan, dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan yang pertama mulai 1 Mei 2007 sehingga 30 April 2012
19 Jun 2007
Senat sebagai badan utama akademik Universiti ditubuhkan di bawah seksyen 22 Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan. Mesyuarat Pertama Senat diadakan pada 19 Jun 2007 bertempat di The Summit Hotel, Subang Jaya, Selangor
19 Jun 2007
19 Jun 2007
Pihak Pengurusan universiti atau dikenali sebagai Jawatankuasa Eksekutif Universiti ditubuhkan berlandaskan Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan dibawah seksyen 21. Mesyuarat pertamanya diadakan pada 19 Jun 2007 bertempat di The Summit Hotel, Subang Jaya, Selangor
22 Jun 2007
Lembaga Pengarah Universiti ditubuhkan mengikut seksyen 17 Perlembagaan Universiti Malaysia Kelantan. Mesyuarat Pertama Lembaga Pengarah Universiti telah diadakan pada 22 Jun 2007 bertempat di PNB Darby Park Hotel, Kuala Lumpur
22 Jun 2007
16 Mac 2008
University telah memperkenalkan logo UMK pada 16 Mac 2008.
8 Jun 2008
lagu "Terbilang UMK" telah diperkenalkan pada 8 Jun 2008. oleh "Ariffin bin Pawanchik" dan lirik ditulis oleh "Marwan bin Ismail".
8 Jun 2008
10 Ogos 2008
Universiti telah memperkenalkan peralatan istiadat secara rasminya pada 10 Ogos 2008 bersempena Majlis Istiadat Pemashyuran Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan
15 September 2011
Konvokesyen pertama UMK telah diadakan dari 15 hingga 19 September 2011 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan
15 September 2011