Strategi Teras Pembangunan

Teras Pembangunan UMK

  • Membangunkan dan mengantarabangsakan program pengajian serta akademik Universiti 
  • Membudayakan peyelidikan, inovasi dan pengkomersialan 
  • Menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan, kompeten dan berintegriti serta mengamalkan sistem pengurusan dan tadbir urus yang mantap 
  • Membangun infrastruktur yang menyokong falsafah pembangunan universiti keusahawanan
  • Menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan industri

Nilai Teras Organisasi

Setiap warga UMK yang terdiri daripada pelajar dan staf mendukung teras nilai yang sama bagi membentuk satu identiti Universiti. Tiga (3) nilai teras UMK adalah :

  • Kreatif dan inovatif;
  • Kesediaan untuk membuat dan menerima perubahan; serta
  • Bersikap profesional dalam segala tindakan.

Kreatif dan Inovatif

Warga UMK harus senantiasa mempertingkatkan kualiti kerja dengan menambahbaik prosedur kerja dan memberi perhatian kepada amalan terbaik supaya penyampaian lebih efektif, lebih pantas (efisien) dan menambah kepuasan kepada pengguna. Seterusnya, warga UMK juga perlu memperkenalkan produk, kaedah atau pendekatan baru dalam penawaran perkhimatan pendidikan keusahawanan dengan mengambikira penyesuaian kepada perubahan persekitaran.

Kreaktiviti harus digunakan di dalam penyelesaian masalah yang rumit walaupun dengan sumber terhad tetapi kehendak pengguna dapat dipenuhi seperti yang diharapkan. Di samping itu, warga UMK wajar bersedia meneroka kepelbagaian kemungkinan dengan memperkenalkan idea baru dan unik bagi mencipta peluang-peluang baru.

Kesediaan untuk membuat dan menerima perubahan

Warga UMK perlu bersedia untuk mempelajari dan meneroka ilmu baru untuk meningkatkan keupayaan diri semasa melaksanakan tanggungjawab. Mereka juga harus mengambil sikap positif kepada teguran yang membina sebagai proses pemantapan hasil kerja. Sikap keterbukaan ini membentuk individu yang fleksibel, serba boleh, berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri yang tinggi. Seterusnya, warga UMK wajar bersedia menyesuaikan diri mengikut kehendak perubahan persekitaran kerja dan tanggungjawab.

Profesional

Warga UMK harus berpengetahuan luas, berkemahiran dan kompeten dalam bidang kepakaran atau tanggungjawab. Mereka perlu mengutamakan pelaksanaan tanggungjawab dengan memainkan peranan secara efisyen dan efektif mengikut displin tugas dan etika bidang kepakaran.Warga universiti sentiasa memberi penekanan kepada pencapaian Visi UMK dengan mengamalkan sikap mesra dan endah, berintegriti, partisipatif, jujur dan amanah, bertanggungjawab dan berkomited serta bersyukur dan redha. Akhirnya, warga universiti wajar bersedia untuk memimpin dan memberikan kerjasama serta sokongan apabila dipimpin semasa melaksanakan tugasan.

E-COMMUNITY



 
Kemaskini pada 01 April 2024
Image

IKUTI KAMI

HUBUNGI KAMI

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
16300 Bachok,
Kelantan.
09-7797000
pkk@umk.edu.my


UMK KAMPUS KOTA
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu,
Kelantan.
09 - 771 7000
pkk@umk.edu.my


UMK KAMPUS JELI
17600 Jeli,
Kelantan.
09-9477000 / 09-9477200
pkk@umk.edu.my